Pulau Pinang -- Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sebulat suara membuat keputusan untuk menghentikan perdebatan berkenaan isu jawatan Pengerusi BN negeri.
Bendahari Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata keputusan itu dicapai dalam satu pertemuan di antara komponen Pemuda BN di sini, Selasa.
Jelasnya isu isu jawatan Pengerusi BN negeri yang hangat diperdebatkan di antara pemimpin parti komponen perlu dihentikan serta merta.
"Keputusan sebulat suara itu dicapai selepas perbincangan hampir dua jam di antara pemimpin pemuda BN.
"Perjumpaan itu dibuat bagi mencari satu jalan penyelesaian berhubung beberapa perkara berbangkit yang berlaku dalam BN negeri.
"Kami setuju dengan nasihat Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya isu Pengerusi BN dihentikan kerana pertelingkahan terbuka tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada negara dan rakyat", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Pertemuan Pemuda BN itu disertai Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Tong Keong, Ketua Pemuda PPP negeri M Manikumar dan Ketua Pemuda MIC negeri, J.Dhinagaran.
Aziaan yang juga Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau seterusnya berkata selepas ini apa jua yang berlaku atau sebarang masalah berbangkit yang timbul antara parti komponen BN negeri akan dibincangkan serta diselesaikan secara dalaman.
"Kami sebulat suara bersetuju untuk tidak lagi berdebat mengenai isu Pengerusi BN negeri serta isu-isu lain secara terbuka," ujarnya.
1 comment:
kami mengharapkan pemuda UMNO dapat membalas hujah kerajaan mangkuk DAP tentang isu Melayu..kenapa ditolak cabaran debat..ini la peluang untuk kita dapat balik sokongan orang Melayu..tiupkan semangat kebangkitan..sekurang2nya..next election UMNO boleh bertanding di Parlimen Bayan Baru..bukan lagi Gerakan or MCA..
Post a Comment