Wednesday, February 11, 2009

MALAYSIAKINI : MEMBANTAH PENDERHAKA RAJA DAN MENYOKONG RAJA-RAJA MELAYU- KJ

Pemuda Barisan Nasional (BN) dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam, menganjurkan satu perhimpunan raksasa bagi menyatakan sokongan kepada Sultan Perak Shah atas pelantikan Menteri Besar Perak yang baru, perhimpunan raksasa tersebut diadakan di Padang Majlis Bandaran Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil.
Hampir 5,000 rakyat pelbagai kaum turut menyertai perhimpunan raksasa tersebut, turut dihadiri oleh beberapa pemimpin Umno termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC G. Shamugavelu.
Selain ucapan daripada wakil parti komponen BN dan NGO, para hadirin turut melaungkan 'Daulat Tuanku'.
Mereka juga melaungkan desakan supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan menyatakan hasratnya menyaman Sultan Azlan Shah.
Mereka turut mendesak bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan segala tindak-tanduk menderhaka titah Sultan Perak.Menurut Naib ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang hadir berkumpul di perhimpunan ini bukanlah dari satu bangsa atau satu kaum, tetapi ini ialah suara hati generasi muda yang diwakili oleh semua bangsa Melayu, Cina dan India bersama berhimpun menunjukan suara rakyat yang menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku yang mahu supaya sistem raja berpelembagaan terpelihara di Malaysia.
Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Malaysia sememangnya merasa kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang menderhaka terhadap titah sultan dan juga arahan Sultan Perak dan dimana negara kita ialah negara yang berpelembagaan mempunyai kedaulatan undang-undang.
Khairy juga memohon menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada penderhaka-penderhaka serta mengambil tindakan kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang menghasut dan menghina institusi diRaja.Katanya lagi, kita memohon dari Sultan Perak agar mereka yang derhaka, (mengaku derhaka) ini dibuang dari Negeri Perak dan jangan berpijak lagi di bumi yang bertuah ini.

3 comments:

zul mamak png said...

Umno Nak Jadi Hero Apa?
Jangan jadi Jebat, jangan jadi penderhaka, Nizar penderhaka, Malaysia Tanah Melayu…Ini sebahagian kata-kata yang terpampang dalam demontrasi anjuran Umno. Nampaknya Umno nak jadi hero, tapi dia nak jadi hero apa?

Umno nak jadi hero Melayu, bolehkah?

Di Johor, bukankah ada tanah di negeri itu yang digadaikan kepada warga negara Singapura dan Hong Kong? Orang Umno Johor lebih tahu mengenai keadaan bumi Johor yang tergadai. Adakah Umno lupa bahawa 139,409 hektar Tanah Rezab Melayu telah dibatalkan oleh kerajaan BN dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula.

Kalau anda memandu di lebuhraya, anda pandang bukit-bukau di kiri kanan semasa di negeri Perak. Cuba anda Tanya orang Perak, siapa punya bukit-bukau itu semua. Melayu punya? Nizar bagi?

Bahasa Melayu bagaimana pula? Cendekiawan Melayu dan pencinta bahasa membantah PPSMI. Pedulikah Umno kepada persoalan ini?

Umno nak jadi hero Islam pula, bolehkah?

Lupakah kita kepada usaha Umno untuk menggugurkan perkataan Islam daripada Pas dan pertubuhan lain? Apa reaksi Umno bila Kelantan ingin melaksanakan hudud? Banyak lagilah…

Sekarang, Umno nak jadi hero raja pula, bolehkah?

Siapa tabal raja di bawah pokok kelapa di Kelantan kalau bukan Anuar Musa. Dia orang Pas? Siapa yang hentam Sultan Kelantan dalam isu Lamborghini? Shahidan, Mohd Mat Taib dan Idris Jusoh tentu tahu.

Tapi jangan bimbang wahai Umno, anda boleh jadi hero. Pemimpin anda juga memang hero. Hero apa? Anda tanyalah kepada Tengku Ahmad Rithauddeen. Dia ada jawapannya.

Totalcare said...

Ada perbedaan antara BN & PR, BN boleh buat apa saja tanpa dihalang termasuk bebas buat demo. Tapi siapa saja bukan dari Kalangan BN, semua salah. Cuba lihat, cara BN takover PR. Kenapa terburu-buru sangat "Gila Kuasa", MB dari PR juga rakyat Malaysia cuma dari PR. Selama 10 bulan memerintah, tidak ada demo atau bantahan dari Sultan atau rakyat Perak pun. Yang menyebabkan Perak jadi tidak tenteram adalah kerana tindakan ganas BN merosak institusi diperak. Kenapa sampai peduduk luar perak boleh datang buat demo. Something wrong with BN. suka buat kacau, kemudian orang lain yang kena.

PEMUDA BAYAN BARU PENTERNAKAN IKAN KETUTU DAN KELI DALAM TANGKI said...
This comment has been removed by the author.