Friday, March 13, 2009

Pas Perlu Kemuka Butiran

UTUSAN:


SUBANG JAYA 12 Mac - Pas diminta mengemukakan butiran jelas mengenai cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang di negara ini.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, cadangan itu juga harus datang secara rasmi daripada kepimpinan tertinggi Pas sama ada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Secara peribadi, beliau percaya kepimpinan UMNO dan BN sentiasa bersikap terbuka kepada cadangan munasabah yang meletakkan kepentingan orang Melayu dan negara selain untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.
''Kalau niat ikhlas mencari titik persamaan untuk keluar daripada kemelut politik hari ini, saya rasa tidak salah untuk dia membuat cadangan itu.
''Tentulah kepimpinan UMNO dan BN nak tahu apa isu kandungan cadangan tersebut secara Jelas.
''Saya cuma beri pandangan secara peribadi... tetapi kalau asasnya adalah untuk kepentingan rakyat semua kaum, BN bersikap terbuka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri dialog pakej rangsangan ekonomi kedua anjuran Majlis Ekonomi Melayu (MEM) di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas kenyataan Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang berharap BN dapat menerima cadangan pembentukan kerajaan campuran BN-pakatan pembangkang di negara ini.
Takiyuddin berkata, cadangan itu yang dibuat oleh Abdul Hadi baru-baru ini, penting bagi mengembalikan negara kepada keadaan aman dan tenteram.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, UMNO dan BN bersikap terbuka dalam soal itu dan tidak mahu menutup ruang atau mengutuk pihak yang berniat baik untuk kepentingan negara.
Namun, katanya, ia perlu dikemukakan secara terperinci tentang bagaimana kerajaan campuran itu mahu dibentuk sebelum apa-apa pertemuan dapat dibuat.
''Saya tidak kata begitu (cadangan pembentukan kerajaan campuran menjadi penyelesaian kepada kemelut politik negara).
'
'Namun, kita bukan bersikap tertutup kepada perkara yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara. Ini perkara besar, bukan perkara kecil, tetapi kalau niat baik, saya tidak fikir BN dan UMNO tidak terima," katanya.

3 comments:

em-pi said...

Politik wang tu apa dia? Bagi wang/duit untuk meraih undi ke? Atau buat makan-makan pun dikira politik wang? Atau buAT CERAMAH KEMPEN PUN KIRA POLITIK WANG?

UMNO NI KADANG-KADANG BENGONG JUGA, KERANA BILA BUAT KENYATAAN AKHBAR TAK JELAS BETUL-BETUL APA DIA KESALAHAN YANG DILAKUKAN. Bukan semua orang tau apa dia kesalahan-kesalahan mengikut etika pemilihan fasal 10.1 tu. Bila orang baca dalam akhbar atau dengar dalam berita main pukul semacam seolah-olah yang bersalah tu sendiri terlibat dengan perbuatan memberi wang tunai atau merasuah dengan nyata perwakilan-perwakilan yang akan mengundi.Kes ini bukan dilakukan oleh calon sendiri tetapi oleh agen-agennya sahaja, samada atas arahan atau tidak agak sukar untuk dibuktikan. Kita cuma boleh syak sahaja ianya atas arahan tetapi agak tiada kepastian.

Saya tak suka sebut politik wang bukan kerana menafikan ianya berlaku didalam kelompok UMNO. Semua peringkat pun berlaku. Cuma kadang-kadang kesalahan tu bukannya merasuah wang tetapi kesalahan-kesalahan lain yang termasuk dalam perlanggaran etika yang dilarang oleh parti sewaktu pemilihan. Cuma macam langgar lampu merah dijalan, kalau tertangkap polis bersalahlah, ramai yang langgar cuma tak tertangkap atau polis sengaja lepas sebab dia kenal ocpd.


Harap pemuda bayan baru tak lah di dalam golongan mereka-mereka yang menerima atau meminta-minta wang dari calon-calon yang bertanding untuk undi kita. Kalau dah terjebak, taubatlah segera. Walaupun orang lain tidak tahu atau tidak nampak, Allah melihat segala perbuatan kita. Menerima atau memberi sama saja berdosa disisi Allah dan sama saja salah disisi undang-undang negara.Jangan jual undi kita, Undi kita lebih bernilai dari apa jua yang sanggup ditawarkan oleh mereka yang merosakkan parti dan perjuangan bangsa.Jangan kita juga turut sama menderhakai perjuangan bangsa kita. Mengundilah bukan atas dasar kawan yang menabur segala macam janji manis untuk diri kita, tetapi mengundilah calon yang benar-benar ikhlas dan jujur demi perjuangan untuk agama bangsa dan negara..TOLAK PERASUAH POLITIK

Bro Jinggo said...

Salam

Hidup ini adalah perjuangan… Syukur Alhamdulillah walaupun pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yang harus YB KJ tempuhi, namun perjuangannya diberkati Allah, Allah memimpin YB KJ untuk memimpin dengan kepimpinan yang diredhai. Justeru, marilah kita sama-sama memberi sokongan yang padu kepada YB KJ menerusi laman web YB KJ http://www.rembau.net.my/

Salam setiakawan

Salam Perjuangan

BJ

(jojo) said...

salam,benar apa yg dktakan oleh MATANGSAGA,tp kta perlu ingatkan Dsini bahawa,umno mempunyai usaha utk membenteras politik wang,n pemimpin d dlm umno juga tidak menafikannya,jikalau nk dibandingkan dlm pembangkang.dah terang lg bersuluh,lg nk sembunyikannya lg.apa ni.pembangkan ni nk haram kan yg halal ke.atau nk halal kan yg karam ke...lu fikiflah sendiri..MATANGSAGA.............