Thursday, May 28, 2009

Pembangkang mahu pengganas komunis pulang

Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri berkata, kepulangannya jika dibenarkan hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era Darurat antara 1948 hingga 1960.

''Kerajaan tidak benarkan Chin Peng balik ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu," Syabas DS Najib yang teruskan melaksanakan slogan Rakyat Didahulukan dan ia bukan cakap kosong .

Ramai pihak termasuk NGO-NGO ,persatuan pelajar dan seluruh rakyat marah kepada komunis kerana kekejaman mereka membunuh dan meyeksa rakyat ketika itu . Mungkin ramai generasi muda hari ini tidak merasa keperitan berada pada zaman komunis tetapi golongan orang lama ,veteran dahulu telah telah mengalami zaman itu.

Ramai perajurit-perajurti dan wira-wira tanahair terkorban dan cedera ketika menentang pengganas komunis .Dalam masa rakyat dengan gah menentang usaha membawa pengganas no 1 chin peng balik ke Malaysia ,pihak pembangkang pulak meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang pernah mengganas sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban kembali ke negara ini.klik di sini Hakikatnya,pihak pembangkang perlu tahu terlalu banyak air mata dan darah yang diberikan untuk bumi bertuah ini terutamanya dalam menangani pemberontakan bersenjata PKM oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Walaupun PKM telah dibubarkan dan pemberontakan bersenjata mereka telah tamat, ini tidak bermakna segala dosa keganasan bekas ahlinya seperti Chin Peng secara automatiknya terampun atau dapat dimaafkan begitu sahaja. Semua dosa PKM masih jelas dalam lipatan sejarah negara ini dan ingatan rakyat.

Kerana itu, Chin Peng tidak harus dibenarkan pulang semula ke Malaysia untuk selama-lamanya.Jika dia dibenarkan berbuat demikian, ini merupakan satu penghinaan kepada wira-wira negara yang telah menggadaikan nyawa mereka dalam mematahkan pemberontakan bersenjata PKM ini.


Malaysia TanahAirku ...

1 comment:

mathanis said...

Salam...Hampa tak baca suratkhbaq aliran hampa ka!.sapa yang mintak kerajaan benarkan Chin Peng balik?? bukankah HOck Nan..Oghang kuat Gerakan..Tulang belakang BN/UMNO...pekak bahulul n dungu..dok tak dok kata pembangkang..awat Gerakan dah jadi pembangkang BN ka?? UMNO mau sangat la sapa2 yang kalah mai dok bawah kangkang UMNO..Detik-detik kejatuhan UMNO agaknye...