Permulaan tahun baru 2009 - hanya sembilan bulan selepas pilihan raya umum 8 Mac, bakal disambut dengan 'gegaran' dengan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dipercayai sudah hampir pasti keluar parti itu.
Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sejak beberapa hari lalu menyatakan hasrat keluar PKR jika itu yang sesetengah pihak mahukan, berkata, "kali ini saya serius untuk mengambil tindakan keras."
Beliau dijadual mengumumkan pendiriannya secara rasmi sebelum Rabu ini."Saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya tidak bergurau, saya memang serius, saya memang serius kali ini."Keputusan ini memang satu tindakan yang keras... ia akan menjadi hadiah tahun baru kepada parti," kata Manikavasagam ketika ditemui mStar Online di sini.
Manikavasagam, 43, juga merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan salah seorang daripada tiga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor.Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu memenangi kerusi Parlimen Kapar pada 8 Mac lalu menewaskan penyandangnya, yang juga Ketua Wanita MIC, Komala Devi Perumal dengan majoriti 12,297 undi
Pastinya berita ini memberi tamparan hebat untuk Anwar ,PKR, dan Pakatan Rakyat sendiri .Pergolakan dan tiada kerjasama dalam parti dan Pakatan mereka sendiri menunjukkan tiada lagi jalan penyelesaian dan hanya KELUAR PARTI langkah terbaik untuk Manikasagam survive dan membela rakyat di dalam kawasan Kapar.
3 comments:
salam persahabatan walaupun kita berbeda aliran politik.
Komen PPK1 ttg perkara ini mudah:
MP Kapar belum pasti lagi samada lompat atau tidak, hanya akan diketahui Rabu ini...dan kalau lompat pun, belum tentu akan bersama BN. Mungkin beliau jadi MP Bebas mcm Brahim Ali.
tapi...
Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan SAH sudah BERHIJRAH.
Datuk berhijrah dari parti yang tidak ada niat untuk memartabatkan Hukum ALLAH (Hudud & Qisas) kepada Gerakan Islam yang meletakkan Islam di tempat yang teratas. Semoga rahmat Allah bersama2 dengan BEKAS KETUA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA SELATAN INI.
ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com
(kami cukup pasti komen ini tidak akan disiarkan oleh kalian)
Salam kepada semua.
Husam Musa baru berkata akan terus memperjuangkan Hudud, maka bingitlah sahabat2 PAS dari DAP. Maka dijawab oleh Haji Hadi, tiada perancangan untuk melaksanakannya. Tiada agenda untuk menzahirkannya. Adakah ia semata-mata untuk menjaga periuk nasi atau memang telah dibuang terus?
Oh ya... sudah disemak kenapa Datuk Zahar tinggalkan UMNO? Mungkin marah sebab tender helikopter? WallahuAlam
pemuda pas kemahang,walaupun umno seteruk yg dicakapkan oleh saudara,tetapi umno tidak mengikut telunjuk parti komponennya,umno mempunyai kata n keputusan sendiri,bukan mcm pas,hanya kerna nk menjaga kuasa n sedikit periuk nasi,sanggup unt melupakan tujuan asal pas,kesian2.bersengkongkol dngan dap,yg ternya menolak islam,mana lg dayus bg memperjuangan dasar parti,lu fikirlah sendiri bro
Post a Comment