Tuesday, December 30, 2008

4,000 anggota NGO serah memorandum


PULAU PINANG 29 Dis. - Kira-kira 4,000 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di padang Polo di sini sebelum bergerak ke kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Jalan Utama di sini untuk menyerahkan memorandum berhubung pelbagai isu orang Melayu.
Mereka yang menganggotai 20 NGO di bawah Yayasan Aminul Ummah Malaysia itu mulai berkumpul di padang tersebut sejak pukul 8 pagi sempena sambutan Maal Hijrah.
Presidennya, Md. Radzi Daud berkata, perhimpunan itu diadakan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan beberapa pihak termasuk pemimpin politik, menyentuh isu perkauman yang sensitif dan mempersoalkan hak orang Melayu serta ketuanan Melayu.
Menurutnya, hak-hak keistimewaan orang Melayu tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia telah termaktub di bawah Perlembagaan negara.
''Dalam keadaan politik sekarang, isu-isu berkaitan perkauman tidak seharusnya dibangkitkan kerana dikhuatiri boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara.
''Tidak dinafikan semua kaum di negara ini mempunyai hak-hak asas sebagai warganegara cuma orang Melayu ada hak keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan. Ia tidak perlu disensasikan.
''Kita mohon kepada mereka yang masih lagi tidak faham mengenai hak-hak itu, cuba fahamlah supaya rakyat berbilang kaum di negara ini saling hormat menghormati dan dapat hidup dengan aman dan harmoni,'' katanya di sini hari ini.
Memorandum tersebut menyentuh empat perkara iaitu mempertahankan kesucian agama Islam, kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu dan mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mengulas lanjut, beliau berkata, perhimpunan hari ini diadakan selepas beberapa NGO Melayu berasa kurang senang dengan kenyataan menyentuh sensitiviti kaum oleh pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam dan pemimpin parti politik sejak akhir-akhir ini.
''Kenyataan tidak bertanggungjawab yang mempertikaikan hak orang Melayu serta mempersoalkan ketuanan Melayu tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum.
''Kita berharap perkara-perkara tersebut tidak lagi disentuh,'' ujarnya.
Ditanya pendiriannya mengenai ISA, beliau berkata, ia masih relevan dan perlu dikekalkan.
Bagaimanapun, katanya, ISA perlu digunakan dengan penuh berhati-hati dan bijaksana selain tepat pada waktunya serta tidak disalahgunakan mana-mana pihak.

5 comments:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Apa guna kita bangga dgn darah Melayu yang mengalir dalam diri, andai Islam kita tolak ketepi...

Apa guna kita bangga dgn darah Melayu yang mengalir dalam diri,
andai Hudud kita perli...

Apa guna kita bangga dgn darah Melayu yang mengalir dalam diri,
andai murtad di kalangan Melayu makin menjadi-jadi...

Apa guna kita bangga dgn darah Melayu yang mengalir dalam diri,
andai bukan itu yang Allah perhalusi...

Apa guna kita bangga dgn darah Melayu yg mengalir dalam diri,
andai Ulama' diumpat maki...

Apa guna kita bangga dgn darah Melayu yang mengalir dalam diri,
andai rasuah (politik wang) makin berani...

Apa guna kita bangga dgn darah melayu yang mengalir dalam diri,
andai akhiran kita di neraka Ilahi.

oleh itu, berjuanglah atas dasar agama, hindarilah semangat perkauman dari menguasai diri... Allah tidak memandang apa bangsa kita, tetapi Allah memandang apa AMALAN KITA..

fikir-fikirkanlah..

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com

MEL said...

to pemuda pas kemahang....
sebelum kita menyuruh orang lain berfikir....cuba kita menilai diri kita terlebih dahulu....
jom laa kita fikir sama-sama...

http://umnobayanbaru.blogspot.com

sila link ke blog UMNO Bayan Baru untuk berkongsi maklumat UMNO Bayan Baru...

tq..

UMNO PARTI PENJARA said...

Pulihlah dengan segera :-)



















Suara Keramat Rakyat Terengganu :
Tiada Halangan Hanya Peluang :-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com

TULIS ONLINE said...

Salam Blogger dan perjuangan,

Saya terus menyokong kepimpinan baru dalam UMNO akan datang.

Apapun saya amat mengharapkan agar kepimpinan baru tersebut dapat memberi nafas dan wajah baru kepada UMNO.

Teruskan smangat perjuangan yang sedia ada.

Ikhlas,

Sarfarizmal Saad
MPP UKM

(jojo) said...

terima kasih dengan semua teguran,