Friday, February 27, 2009

Malaysiakini : Antara Berani Berubah kepada Berubah Berani...


MELIHAT Saudara Khairy Jamaluddin di barisan depan Pergerakan Pemuda Umno, hati kecil saya berkata; “Pemuda Umno seperti berada di zaman Harun Idris, Jaafar Albar dan Najib Tun Razak.”
Pemuda Umno betul-betul menjadi sayap parti yang tiba-tiba berubah. Ia berubah bukan seperti orang yang suka berubah-ubah, seperti sumpah-sumpah tetapi ia berubah kerana selama ini, seperti ada satu kerinduan datang, mahu melihat Pemuda Umno betul-betul mempunyai semangat setiakawan dan berubah dari penakut kepada berani.
Keberanian mereka, bukan setakat ditunjukkan di depan Karpal Singh yang mengelarkan dirinya ‘Singh is King’ tetapi keberanian sebenarnya Pemuda Umno bersama-sama Khairy Jamaluddin ialah mempertahankan Raja-Raja Melayu, sebelum ini Khairy Jamaluddin juga mempunyai keberanian berdepan dengan sesiapa sahaja, termasuk Pas (Husam Musa), Salahuddin Ayub (Pas) dan pimpinan Siqiu dan sebagainya sebelum ini hingga menyebabkan orang lain cemburu.
Sebenarnya ‘sicelaka’ Karpal Singh ini terlalu kecil bagi Khairy Jamaluddin tetapi disebabkan Khairy Jamaluddin ini seorang yang terpelajar, pandai beradat dan tidak mahu menunjukkan kebiadapan kepada seorang Ahli Parlimen, maka cabarannya supaya Karpal Singh membuktikan bahawa Pemuda Umno yang mengirimkan dua butir peluru kepadanya secara penuh hemah!
Inilah sebenarnya karisme. Ia bukan boleh dibuat-buat tetapi ia sesuatu yang dianugerahkan kepada mereka yang layak. Kecaman dan kutukan Pemuda Umno terhadap tuduhan Karpal Singh bahawa pergerakan itu menghantar dua peluru bertujuan menggugutnya serta memberi tempoh 24 jam untuk peguam itu membuktikan dakwaannya.
Sambil menyifatkan perkara itu tuduhan liar, gila dan berniat jahat, Naik Ketua Pemuda Umno itu mencabar Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengemukakan bukti.
“Kapal penakut kerana membuat kenyataan itu dengan berselindung di sebalik kekebalan dalam Dewan Rakyat. Tuduhan itu berat serta mencabar maruah dan intergriti Pemuda Umno, sekaligus membangkitkan kemarahan 700,000 ahli dari seluruh negara.
“Jika beliau gagal menunjukkan bukti dalam tempoh 24 jam, secara otomatik rakyat boleh membuat kesimpulan Karpal penipu yang ketandusan modal dan hilang kreadibiliti serta kewarasan.
“Kami memintanya memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak reti (faham) makna taubat dan mengaku salah,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen Khamis lalu.
Hadir sama lebih 30 ahli Pemuda Umno seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah.
Inilah sebenarnya potensi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Inilah yang diharapkan menjadi pilihan perwakilan Pemuda. Seorang AJK Umno dari salah satu bahagian di utara tanahair ketika di temui di PWTC berkata, ketika saya mengkagumi kebolehan dan kemampuan Khairy Jamaluddin, saya juga mengharapkan Pemuda Umno turut mengkaguminya.
Ahli Parlimen Rembau ini bukan sahaja bergaya dengan slogan untuk bertanding sebaliknya membuktikan beliau benar-benar menjadi ikon kepada Pemuda Umno dari seluruh pelusuk tanahair, membuktikan karisme, berpendidikan, berani, berketerampilan, tegas tetapi dalam masa yang sama, mempunyai semangat setiakawan.
“Biasalah. Bila beliau cerdik, berani dan berkemampuan, akan datanglah fitnah dan serangan dari mereka yang mencemburuinya. Malanglah kalau Pemuda Umno tidak memilihnya menjadi Ketua apabila peluang memilih itu datang,” tegasnya ketika menonton Berita TV3 jam 1.30 di Riverside Café PWTC.
Khairy Jamaluddin sebenarnya dilihat berani kerana ‘berani mempertahankan kebenaran’. Itulah sebabnya, ketika menjadi penalis program Hujah TV9 di Dewan Bahasa dan Pustaka, keberanian Khairy Jamaluddin mempertahankan Umno dan kerajaan dilihat ‘keberanian yang tidak menjadikannya popular’.
Sedangkan dua lagi penalis, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula terus menerus menyalahkan Umno dan kepimpinan sedangkan mereka berdua terpilih menjaid calon dan menang pilihan raya lalu kerana pilihan dari pemimpin dan mewakili parti yang mereka salahkan itu.
Ketika Dr. Mohamad Khir Toyo menyerang Umno, kononnya Umno perlu berubah, sedarkan dia bahawa kerana dia tidak mahu berubahlah yang menyebabkan pengundi di Selangor menolak BN. Ketika Mukhriz menyerang kepimpinan, sedarkan dia bahawa kepimpinan yang dia serang itulah yang meletakkan dia bertanding dalam pilihan raya dan kerosakan yang berlaku dalam Umno hari ini adalah legasi Dr. Mahathir yang terlalu lama ‘berkuku’ dalam Umno.
Sedarkan Dr. Mohamad Khir Toyo, Anwar Ibrahim yang menjadi musuh Umno hari ini adalah ikon’ dia ketika dia baru-baru menjadi ADUN dan belum dilantik menjadi Menri Besar Selangor, ada orang nampak kelibatnya di sekitar Masjid Kampung Baru ketika reformasi sedang bergema di Kuala Lumpur setiap Sabtu.
Ketika Mukhriz membawa slogan ‘berani berubah’ hanya sebagai slogan dan retorik, Khairy Jamaluddin pula melakukan sesuatu yang dilihat ‘berubah menjadi berani’ dengan meletakkan slogan Setiakawan di depan.
Maruah Pemuda Umno dipertahankan Khairy Jamaluddin dengan membawa Pemuda Umno berhimpun di Ipoh bagi menyatakan taat setia kepada Sultan Perak yang digugat mereka yang biadap dan mahu mempersoalkan kuasa yang ada pada Baginda.
Beberapa pemimpin Pas cuba membuka cerita lama kononnya Umno mempelopori semangat tidak setia kepada Raja-Raja tetapi mereka lupa, bahawa institusi Raja-Raja menjadi semakin dihormati ketika Umno/BN memerintah tetapi jika kuasa ini terlepas ke tangan mereka, mereka akan membawa cerita baru… semua manusia adalah serupa sahaja walaupun mereka dari keturunan Raja

11 comments:

Detguaq said...

Salam persaudaraan UMNO!

Baik Dato' Mukhriz mahupun Dato' Seri Khir sebenarnya tidak pernah sekalipun menyerang UMNO, tetapi mereka menyerang pemimpin yang lemah, pemimpin yang mandom dan pemimpin yang lebih tido dari buat kerja, iaitu pak mertua kj, yang bakal menjadi mantan pm. Jika dibiarkan terus paklah lena diulit mimpi semasa menduduki kerusi pm, maka yang terbukti ialah malaysia porak peranda baik dari segi politik mahupun dari segi ekonomi. dan kjlah yang begitu banyak mempengaruhi keputusan paklah. LIABILITI tetap LIABILITI. Sila belajar untuik mengasingkan taat kepada parti dengan taat kepada individu/pemimpin secara taksub hanya kerana 'setia kat wang'.

UMNO akan dipencilkan jika kj menerajui pemuda pada pandangan saya.

Bro Jinggo said...

Salam

LIABILITI...

Saya tertarik untuk mengulas sedikit mengenai LIABILITI...

Kalau nak kirakan LIABITI... Diantara 3 calon LIABITI siapa yang paling ketara agaknya ya...

Mukhriz- Anak Bapak

Mukhriz sebagai anak bekas perdana menteri yang paling biadap dalam arena politik Melayu terunggul di negara ini yang beliau sendiri menganggotainya. Tambah lagi beliau juga sebagai Ahli Parlimen Jerlun yang sepatutnya tidak tergamak untuk mengeluarkan cabaran yang benar-benar menentang arus semata-mata mengikut rentak ayahndanya menyatakan perkara yang sama.

Malah tindakan Mukhriz yang biadap itu mengejutkan ramai pemimpin lain yang memang sentiasa menjaga adat dan menghormati orang tua dan pemimpin.

Bukan semua orang suka dan sayang pada Mahathir. Begitu juga bukan semua pemuda suka dan sokong Mukhriz apabila dilihat dua beranak ini tidak sayang pada adap budaya Melayu dan berpura-pura dalam banyak perkara yang tidak terungkai dek kata.

Hari ini, Mukhriz sudah menampakkan dirinya risau. Dia risau kalau-kalau apa yang pernah ditempohnya di Kubang Pasu akan berulang di dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia pula. Maklumlah, dia sendiri sedar, Pemuda Kubang Pasu sendiri pernah mengalahkannya walaupun dia anak Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menguasai Umno Bahagian Kubang Pasu lebih 25 tahun.


KHIR - Mengaku datang dari golong orang miskin tapi pakai jam tangan berpuluh ribu..

Datuk Seri juga perlu berundur demi parti dan jika sekiranya sayangkan parti dan UMNO.Mungkin beliau langsung tidak nampak akan kelemahan beliau kerana kita tidak akan nampak akan kelemahan kita tetapi rakyat yang menilainya. Buktinya rakyat Selangor telah meterjemahkan maksud yang tersirat, itulah bukti penilain rakyat terhadap Datuk khir. Masakan kuda yang telah tempang boleh masuk ke gelanggang lagi dan bertarung di medan perang, Datuk khir seharusnya Berehat dan berundur buat seketika adalah penyelesaian yang paling baik dari tewas dalam gelanggang dan hilang kehormatan, berundur bukan bererti kita kalah.

Berundur untuk mencari kekuatan dan mahasabah diri untuk mengesan kelemahan dan kembali dengan satu tenaga yang baru. Perbaiki lagi dan kenali team Datuk Khir, adakala pemimpin ini lemah kerana orang-orang disekeliling.Dengan rela hati mengizinkan surat terbuka ini di edarkan dan di cetak kembali di laman-laman web lain agar ianya akan sampi kepada pembacaan Datuk Seri Khir Toyo.

Dua calon Ketua Pemuda Umno ini telah melakukan kesilapan ketika berhujah. Mereka terperangkap dengan provokasi dari pengerusi Hujah malam yang lalu dan akhirnya, Umno menjadi mangsa situasi kebodohan dua calon Ketua Pemuda ini. Umno langsung tidak dipertahankan kalau tidak ada Khairy Jamaluddin. BN langsung tidak dipertahankan kalau tidak ada Khairy Jamaluddin. Umno seolah-olah parti bersendirian yang tidak bersama-sama BN kalau mendengar hujah Mukhriz dan Khir Toyo.

Soal dia menantu perdana menteri tidak timbul sama sekali kerana dalam pegangan jawatannya sekarang ini yang juga sebagai ahli parlimen Rembau, beliau kelihatan lebih menonjol dari segi penampilan idea dan keberaniannya berdepan dengan pembangkang. Oleh kerana sifat itu yang ada pada beliau, maka dia dicemburui dengan mudah dapat menangkis Mukhriz dan Khir dalam pemilihan akan datang ini kalau perwakilan berfikiran rasional memilih ketuanya.


Sama ada kita sedar atau tidak, negara kita tidak berada dalam keadaan kurang baik mengukur daripada tindakan pembangkang, tindakan sesetengah kumpulan kaum yang semakin hari semakin mengancam kestabilan rakyat negara ini, kita amat memerlukan pemimpin yang berani, tegas dan bijak untuk menangani ini semua.

kjlah yang begitu banyak mempengaruhi keputusan paklah?

Sauadara kenal rapat dengan KJ ker?.. darimana saudara dengar cerita semua ni? Kalau setakat dengar dari mulit org lain tak payah la...Tolong buktikan pada saya dulu...

Salam Perjuangan


BJ

Generasi Pejuang Bangsa said...

terima kasih kepada pemuda bayan baru di atas sokongan anda kepada KJ

walaupun aku dari Pemuda Prmtg Pauh tetapi sokongan aku tetap kepada idola aku YB Khairy Jamaluddin

Pemuda Penang akan tetap bersama KJ !

Detguaq said...

Salam BJ,

Kj terlebih amat biadap bila membuat kenyataan begini:

Artikel majalah ‘The Economist’ tulisan Chris Lockwood bertajuk "The Changing of the Guard: A Survey of Malaysia" terbitan 5 April 2003 menjolok sarang tebuan meminta Mahathir supaya meletak jawatan. Menurut Khairy, dalam artikel majalah itu, "Khidmat yang paling besar yang boleh dilakukan oleh Mahathir setelah menjadi pemimpin Malaysia selama ini ialah bersara, itu sahaja".

Eh eh tetiba jer jadi KP Rembau, eh he tetiba jer jadi Naib KPUM
eh eh patut ler pun, menantu perdana menteri.....he he...
sikit-sikit mandat, sikit-sikit mandat, mentang-mentanglah KPUM la ni ponen....bolelah kj pekuda dia.

Dan selayaknyalah Mukhriz mendesak paklah turun(dan skrg paklah pula didesak oleh Yang DiPetuan Agong hingga Checkmate!!!)kerana bimbangkan keadaan UMNO/BN yang goyah dan lemah akibat kelemahan sang penido utama, bukan kerana mengikut rentak ayahndanya tetapi menyampaikan hasrat sebilangan besar hasrat akar umbi. Dia ahli UMNO dan pak lah juga tidak menjunjung adat Melayu jika kita merujuk sikap beliau terhadap mantan pm yang terdahulu iaitu ayahnda Tun Dr Mahathir Mohammad yang 22 tahun menabur jasa demi kecermelangan Malaysia.

Oh ya, kekalahan beliau di Kubang Pasu adalah mainan kotor Joe Barrom. Lihatlah pula bagaimana undinya mencanak kemercu untuk AJK Bahagian.

Liabiliti Mukhriz hanyalah kepada penyokong kj dan wak khir, manakala liabiliti kj adalah kepada majoriti UMNO dan rakyat yang menyokong UMNO dari luar.

Bukti undi dari 'floor' adalah fakta.

Jangan perlekeh undi dari 'floor'.

*bab wak khir, biarin dong yang nyokongnya ajelah yeng jaweb. aku ngak mao ikutin....

(jojo) said...

salam,apa yg d kata kan oleh (akusayangumno) ini,ikit sedap mulut ke atau mempunyai bukti yg kukuh n nyata kalau ada,sebagai pemuda bayan baru SAYA mencabar beliau utk kemukakannya,mana pergi mukhris dlm isu raja-raja melayu,hanya kj saja yg nampak kejantananya.sampai kapal singh mengatakan pemuda celaka pun dia x bercakap apa,mcm 2 nk jadi kpmu,sedikit rasa trkilan pun xdak.apa pun sya cabar (akusayangumno)jikalau beliau benar2 beliau menpunyai kejantanan tunjukkan bukti yg nyata keatas segala tuduhan,tomahan&fitnah yg beliau lemparkan terhadap saudara kj,jikalau xda ingatlah seksaan di akhirat dalah SANGAT PEDIH.......

Detguaq said...

Salam kepada pemilik blog.

Blogger Zulkarnian Md Zain(jojo) said...

salam,apa yg d kata kan oleh (akusayangumno) ini,ikit sedap mulut ke atau mempunyai bukti yg kukuh n nyata kalau ada,sebagai pemuda bayan baru SAYA mencabar beliau utk kemukakannya,mana pergi mukhris dlm isu raja-raja melayu,hanya kj saja yg nampak kejantananya.sampai kapal singh mengatakan pemuda celaka pun dia x bercakap apa,mcm 2 nk jadi kpmu,sedikit rasa trkilan pun xdak.apa pun sya cabar (akusayangumno)jikalau beliau benar2 beliau menpunyai kejantanan tunjukkan bukti yg nyata keatas segala tuduhan,tomahan&fitnah yg beliau lemparkan terhadap saudara kj,jikalau xda ingatlah seksaan di akhirat dalah SANGAT PEDIH.......

***********************************
Dibawah ini adalah kenyataan oleh Dato' Mukhriz, boleh lawati laman web beliau kalau tak pernah lawat.

http://www.mukhriz.com/

Untuk Siaran Segera - 26 Februari 2009

KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
AHLI PARLIMEN JERLUN

Saya mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap Pergerakan Pemuda UMNO di Parlimen kelmarin.

Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya.

Melanggari peruntukkan 36 (4) tersebut, YB Karpal Singh telah dengan sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Maka saya dengan tegasnya mendesak Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk mengakui Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan. Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini.

Pada masa yang sama, saya ingin berpesan kepada YB Karpal Singh agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-Raja Melayu kita. Kenyataannya bahawa "Singh is King" menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.

Bak kata pepatah Melayu, “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang. YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat. Meskipun akhirnya YB Karpal Singh menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat.

-SEKIAN-

***********************************
Mungkin saudara kurang berjalan-jalan kot dialam siber, tak elok, nanti banyak lemak.

Mengenai calon no3 tu, bukan setakat saya sahaja perlu risau tentang halatuju UMNO, malah anda juga perlu risau!!! rakyat diluar sedang mengasah 'parang politik' untuk 'memancung UMNO' sekiranya kj terus berada dikepimpinan pusat. Jadi sebelum UMNO dihukum oleh rakyat kerana kj, lebih afdallah ahli-ahli UMNO sendiri yang membayar yuran keahlian bertindak memberhentikan pembiakan kenser sebelum kenser itu membunuh UMNO.

Detguaq said...

Salam Zul,

http://adimul.blogspot.com/2009/02/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_27.html


BUKIT GANTANG TOLAK KHAIRY:
‘BEBAN’ YANG MERUGIKAN UMNO

Beberapa cawangan UMNO di Parlimen Bukit Gantang mengingatkan pimpinan negeri Perak tak membawa Khairy Jamaluddin berkempen dalam pilihanraya kecil di kawasan itu, sekalipun beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Menurut sumber, Khairy adalah ‘beban’ kepada UMNO Bukit Gantang yang menyebabkan UMNO gagal merebut semula kerusi Parlimen di situ. Justeru, menurut sumber itu lagi cawangan-cawangan terbabit mahukan Ahli Parlimen Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir di bawa berkempen. “Kami sudah mengirim SMS kepada Dato’ Mukhriz menyampaikan pendirian itu,” beritahu sumber berkenaan.

Cawangan-cawangan terbabit menurut sumber itu, menganggap Khairy adalah beban kepada UMNO yang sukar untuk memulihkan semula krisis keyakinan di kalangan ahli-ahli parti. Ketika menghubungi secretariat PRIMA, cawangan-cawangan UMNO di Bukit Gantang tak akan berkompromi dengan isu Khairy sebagai ‘beban’ kepada parti. Bagi menjamin kemenangan UMNO di Bukit Gantang, mereka mahukan pimpinan negeri Perak membawa Dato’ Mukhriz berkempen ke Bukit Gantang. “Sekalipun Dato’ Mukhriz kalah bagi jawatan Ketua Pemuda, beliau perlu dibawa berkempen ke Bukit Gantang,” menurut sumber itu lagi.

***********************************

Semuga kita fikirkan juga mereka yang diluar UMNO tetapi masih mahu melihat UMNO berubah, ya berani berubah!!!

(jojo) said...

salam,mungkin saudara katakan itu adalah benar,tapi perlu dingatkan saudara mukhris juga dalah exco pemuda umno sekarang,janganlah letakkan semua beban terhadap kj,pemuda skarang perlu agresif.bukan mcm vvip je.kalau betul2 tun sayangkan umno,dia dah kempen dh masa pru12 2.ni asyik kempen kt anak d bawah ketiak dia 2 je,apa pun kita lihatlah allah 2 maha kuasa,kita lihat xlama lagi pun,xsampai sebulan.semua calon mempunyai kelebihan tersendiri,jangan asyik nak tukar pemimpin je,munkin (akusayangumno)ni dah terima banyak imbuhan kot sampai dh xnampak yang intan yang mana batu.hahahahaha..lg 1 sebelum trlambat muhkris 2 boleh main bola ke.saya tajut laris edikit dah penat,biasa lah anak mantan pm.biasa hidup dlm kemewahan..

PEJUANG CYBER said...

JOJO... Mukhriz perlu banyak belajar lagi. Sudah lah SPM dulu Gred 3, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak sekolah. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Tapi bagi kami seronok pula tengok Mukhriz didalam rangcangan Hujah yang lalu, Mukhriz buat lawak kelakar macam George W Bush kelakar.

(jojo) said...

salam,thanks senapang patahbetul pa yg dikatakan oleh awak,tp sayangnya (akusayangumno)xnampak itu semua seperti yg saya kata kan mungkin sudah banyak imbuhan yg d terima oleh dia sehinggakan yg baik xnampak,yg buruk n busuk d angkat2 n d puja2,sedarlah wahai (akusayangumno)bukan kau sorang je yg sayang umno pemuda je da 7 ratus ribu org bro.

Anak Bapak said...

Memorundum Untuk YB Datuk Mukhriz

Tidak tahu bagaimana mahu saya luahkan perasaan yang bermain di dalam jiwa saya ketika ini dan tidak dapat saya terjemahan betapa maruah diri sebagai Pemuda Melayu UMNO yang sememangnya menyokong YB Datuk sebelum ini merasa kecewa , saban hari sokongan saya terhadap YB Datuk terhakis sedikit demi sedikit , walaupun saya mencuba untuk memujuk hati saya yang sering berkata apakah benar ini cara kepimpinan YB Datuk . Saya sukar mempercayai apabila kelemahan YB Datuk kian ketara dan kali ini saya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan saya dan maafkan saya YB Datuk kerana saya terpaksa berterus terang membantah dan menyifatkan YB Datuk adalah lemah dan tidak langsung patriotik.Komen YB Datuk baru-baru ini meletupkan segala yang terbuku di dalam hati dan saya tidak lagi mempu untuk menjadi hipokrit dan terpaksa saya luahkan kepada YB Datuk.

YB Datuk

YB Datuk mahu BN berkomompromi dengan kerajaan PR, Apakah giilanya cadangan ini. Kita bukan bacul dan kita bukan penakut. BN berkompromi dengan kerajaan PR adalah sesuatu yang terakhir dan yang tidak mungkin terlintas di mana-mana pemikiran manusia yang mengakui diri mereka sebagai Pemuda UMNO yang bermaruah. ,Tahu kah YB Datuk , Inilah sebenarnya yang mereka tunggu kenyataan dari seorang pemimpin UMNO yang memberikan mereka ruang dalam melebarkan kemelut yang sepatutnya sudah berakhir . Bagaikan orang batuk di sorong bantal , Datuk telah memberikan mereka nafas , Datuk telah menghalalkan perbuatan mereka melanggar titah Sultan Perak. Datuk seolah-olah membenarkan dan merestui perbuatan salah mereka.

Sebenarnya YB Datuk, Tiada kompromi kepada titah Sultan. Tiada kompromi dalam perlembagaan. Ini hak sultan . Tiada siapa yang berhak mempersoalkan . Titah Sultan patut dipatuhi dan tiada alasan lain melainkan akur kepada titah Sultan. Kerajaan BN juga terpaksa akur dengan hak yang ada pada Sultan apabila 3 Menteri Besar negeri adalah pilihan Sultan , Negeri Johor , Terengganu dan Perlis, Jika BN sebagai kerajaan akur dengan titah Sultan , tiada kata dua bagi mana-mana negeri untuk mencari alternatif lain seperti enggan akur kepada titah Sultan. Tiada istilah kompromi dalam menentukan undang-undang dan perlembagaan .


Cadangan Datuk ini membayangkan kelemahan kita, sebenarnya adalah cadangan yang tidak masuk akal dan seolah-olah YB Datuk juga menghalalkan mereka dan menghina Sultan.. Sebagai Calon Ketua Pemuda cadangan YB Datuk ini terlalu dengkel dan tidak langsung mencerminkan suara Pemuda UMNO. Pemuda UMNO tidak lemah dan dengkel.

Apa yang dilakukan oleh Nizar dan kerajaan PAS adalah sesuatu yang salah dan BN sememangnya hak BN menjadi kerajaan apabila mempunyai majoriti lebih dari PR. Kenapa perlu kerajaan BN berkompromi dengan PR? Apa yang sebenarnya di katakan oleh YB Datuk bahawa tidak adil kepada rakyat? Majoriti berpihak kepada BN , ini adalah terjemahan rakyat dan majoriti berhak menjadi kerajaan , apa yang tidak adil kepada rakyat, apakah dengan parti yang tidak mempunyai majoriti menjadi kerajaan dikatakan adil… Ketika PR menjadi kerajaan dengan majoriti yg tipis , mengapa YB Datuk langsung tidak mempersoalkan hal-hal ini. Alasan ini terlalu lemah , terlalu lemah untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.

Kami tidak mahu menjadi Pemuda yang lemah, kami tidak mahu di katakan bacul, hak dan hakiki telah nyata dan terang bahawa BN layak menjadi kerajaan. Sultan telah perkenankan dan itu sebenarnya noktah kepada semua, YB Datuk jangan pertikaikan dan jangan bawa Pemuda menentang Raja Melayu pula , Cukup dengan bangsa Melayu dalam PR menentang Raja , Kami enggan menjadi Melayu bacul. Saya berharap YB Datuk menarik balik komen YB, Kami menjunjung perentah ke bawah Raja-Raja Melayu, Daulat Tuanku...... Daulat Tuanku ... Daulat Tuanku.....

Inilah Komen yang saya maksudkan.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya “tidak adil” kepada rakyat negeri itu.Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.
“Buat masa ini seolah olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat,” katanya ketika di temubual dalam program “Kerusi Panas” di Radio 24 petang ini.Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.

Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat “sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan” untuk mentadbir negara dengan berkesan.

“Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak,” katanya.Mukhriz berkata memandangkan kedua dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah

Daripada Pemuda kecewa