Monday, May 11, 2009

SELAMAY MENYAMBUT HARI UMNO YG KE 63


SELURUH AHLI PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAYAN BARU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI UMNO YG KE 63,PADA HARI YG BERBAHAGIA INI MARILAH KITA BERSAMA2 YG MENGAKU SAYANGKN PARTI KERAMAT&BERDAULAT INI BERMUHASABAH DIRI AGAR APA JUA TINDAKAN KITA SEBAGAI AHI UMNO,TIDAKLAH MEMBELAKANGI PARTI
BERDOALAH LAH KITA AGAR HAYAT UMNO AKAN LEBIH PANJANG LAGI,AMIN.....

1 comment:

Rizman said...

Kasih sayang kita terhadap parti amat diperlukan. Kita tidak mahu hanya melahirkan perasaan sayang terhadap parti tetapi tidak melakukan apa-apa untuk parti yang kita semua sayangkan ini. Biarlah ia selari dengan perbuatan bukan sekadar ungkapan dibibir semata-mata.

Hari ini kita lihat, semua orang pandai berbicara hal-hal politik, janji ditabur, misi ditetapkan dan sebagainya tetapi adakah kata-kata itu selari dengan perbuatan?. Jika kita hanya pandai berkata tanpa ada perlaksanaannya maka ia boleh diibaratkan seperti 'melepaskan batuk di tangga'. atau 'hangat-hangat tahi ayam' dan juga boleh diklasifikasikan sebagai 'cakap tak serupa bikin'.

Pada pengamatan saya, untuk mengekalkan parti UMNO yang keramat ini terus relevan, maka kita perlu melalui suatu perubahan yang sangat besar. Perubahan yang dimaksudkan itu adalah perubahan sikap ahli UMNO itu sendiri tidak kira dari peringkat bawahan mahupun atasan.

Sikap yang membawa ke arah kebaikkan amat diperlukan apatah lagi sikap jujur dan ikhlas sudah semestinya menjadi sikap yang dikehendaki oleh setiap ahli UMNO. Kita tidak perlu bercakap pandai tetapi intinya kosong.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari UMNO yang ke-63 dan tidak ketinggalan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Saudara Norman Bin Prof Dr. Zahalan di atas perlantikan beliau sebagai Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.

Salam hormat.