Tuesday, December 30, 2008

4,000 anggota NGO serah memorandum


PULAU PINANG 29 Dis. - Kira-kira 4,000 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di padang Polo di sini sebelum bergerak ke kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Jalan Utama di sini untuk menyerahkan memorandum berhubung pelbagai isu orang Melayu.
Mereka yang menganggotai 20 NGO di bawah Yayasan Aminul Ummah Malaysia itu mulai berkumpul di padang tersebut sejak pukul 8 pagi sempena sambutan Maal Hijrah.
Presidennya, Md. Radzi Daud berkata, perhimpunan itu diadakan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan beberapa pihak termasuk pemimpin politik, menyentuh isu perkauman yang sensitif dan mempersoalkan hak orang Melayu serta ketuanan Melayu.
Menurutnya, hak-hak keistimewaan orang Melayu tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia telah termaktub di bawah Perlembagaan negara.
''Dalam keadaan politik sekarang, isu-isu berkaitan perkauman tidak seharusnya dibangkitkan kerana dikhuatiri boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara.
''Tidak dinafikan semua kaum di negara ini mempunyai hak-hak asas sebagai warganegara cuma orang Melayu ada hak keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan. Ia tidak perlu disensasikan.
''Kita mohon kepada mereka yang masih lagi tidak faham mengenai hak-hak itu, cuba fahamlah supaya rakyat berbilang kaum di negara ini saling hormat menghormati dan dapat hidup dengan aman dan harmoni,'' katanya di sini hari ini.
Memorandum tersebut menyentuh empat perkara iaitu mempertahankan kesucian agama Islam, kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu dan mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mengulas lanjut, beliau berkata, perhimpunan hari ini diadakan selepas beberapa NGO Melayu berasa kurang senang dengan kenyataan menyentuh sensitiviti kaum oleh pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam dan pemimpin parti politik sejak akhir-akhir ini.
''Kenyataan tidak bertanggungjawab yang mempertikaikan hak orang Melayu serta mempersoalkan ketuanan Melayu tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum.
''Kita berharap perkara-perkara tersebut tidak lagi disentuh,'' ujarnya.
Ditanya pendiriannya mengenai ISA, beliau berkata, ia masih relevan dan perlu dikekalkan.
Bagaimanapun, katanya, ISA perlu digunakan dengan penuh berhati-hati dan bijaksana selain tepat pada waktunya serta tidak disalahgunakan mana-mana pihak.

Saturday, December 27, 2008

MP Kapar keluar dari PKR !!


Permulaan tahun baru 2009 - hanya sembilan bulan selepas pilihan raya umum 8 Mac, bakal disambut dengan 'gegaran' dengan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dipercayai sudah hampir pasti keluar parti itu.
Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sejak beberapa hari lalu menyatakan hasrat keluar PKR jika itu yang sesetengah pihak mahukan, berkata, "kali ini saya serius untuk mengambil tindakan keras."
Beliau dijadual mengumumkan pendiriannya secara rasmi sebelum Rabu ini."Saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya tidak bergurau, saya memang serius, saya memang serius kali ini."Keputusan ini memang satu tindakan yang keras... ia akan menjadi hadiah tahun baru kepada parti," kata Manikavasagam ketika ditemui mStar Online di sini.
Manikavasagam, 43, juga merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan salah seorang daripada tiga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor.Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu memenangi kerusi Parlimen Kapar pada 8 Mac lalu menewaskan penyandangnya, yang juga Ketua Wanita MIC, Komala Devi Perumal dengan majoriti 12,297 undi
Pastinya berita ini memberi tamparan hebat untuk Anwar ,PKR, dan Pakatan Rakyat sendiri .Pergolakan dan tiada kerjasama dalam parti dan Pakatan mereka sendiri menunjukkan tiada lagi jalan penyelesaian dan hanya KELUAR PARTI langkah terbaik untuk Manikasagam survive dan membela rakyat di dalam kawasan Kapar.

Wednesday, December 24, 2008

Malaysiakini: Pakatan pembangkang retak menanti belah - Khairy


KOTA BHARU 21 Dis. - Pakatan pembangkang yang menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lalu, disifatkan sebagai retak menanti belah ekoran pertentangan dasar parti-parti terbabit semakin jelas dalam pentadbiran.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, percanggahan ideologi antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu-isu utama kini sudah begitu ketara dan semakin sukar dibendung.
Menurutnya, dalam soal pokok seperti Islam, kontrak sosial dan bumiputera yang termasuk dalam Perlembagaan pun masih ada percanggahan pemikiran dalam PKR, Pas dan DAP.
"Pakatan pembangkang masih belum diuji sepenuhnya, namun saya sifatkan pakatan itu sebagai retak menanti belah," katanya pada Wacana Transformasi Politik Malaysia di Balai Islam Lundang di sini malam tadi.
Selain Khairy, turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang juga Exco kerajaan Pas Kelantan dan Pensyarah Fakulti Undang- Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari.
Ia dipengerusikan oleh pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff serta dihadiri lebih 3,000 orang.
Majlis itu dianjurkan oleh Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan perubahan politik negara dan isu-isu semasa.
Khairy berkata, pakatan pembangkang perlu diberi peluang untuk melaksanakan dasar-dasar mereka di lima negeri yang diperintah dan terpulang kepada rakyat untuk menilainya.
"Kita beri peluang kepada pakatan pembangkang untuk melaksanakan dasar mereka. Walaupun dalam Parlimen kita selalu berbalah, kita boleh melihat apa yang berlaku hari ini," katanya.
Katanya, usaha reformasi di negara ini tidak perlu dibebankan kepada BN sahaja dan ia perlu dilakukan oleh pembangkang.
Sebagai contoh ujarnya, untuk memerangi rasuah di negara ini, ia memerlukan iltizam politik daripada kedua-dua pakatan pembangkang dan kerajaan BN.
"Jangan salahkan BN sahaja, pakatan pembangkang pun perlu ada iltizam politik. Dulu semasa menang pilihan raya semua Exco dan Menteri Besar negeri pakatan pembangkang janji mahu isytihar harta tapi sampai hari ini tidak tunaikan janji itu.
"Begitu juga ketika Menteri Besar atau menteri daripada BN dituduh rasuah, mereka diminta bercuti untuk membersihkan nama kerana kita hendak tunjukkan UMNO mengamalkan ketelusan," ujarnya.
Di Perak ujar beliau, tindakan kerajaan campuran negeri itu mengekalkan tugas dua Exco Perak yang dituduh rasuah, menjadi persoalan di kalangan rakyat.
Katanya, dalam menggerakkan transformasi politik Malaysia ke arah yang lebih baik demi kepentingan rakyat, beliau menekankan perlunya muzakarah di antara UMNO dan Pas diteruskan.
"Mari kita tumpu soal apa yang boleh diperjuangkan bersama seperti bahasa, agama, kontrak sosial dan bumiputera termasuk isu sensitif seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Sunday, December 21, 2008

Malaysiakini - Khairy Jamaluddin vs Husam Musa – Bermulanya Satu Pembaharuan Berani




Ketibaan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Balai Islam, Kota Bharu jam 9 malam tadi disambut dengan gema laungan "takbir" oleh hampir dua ribu penyokong PAS. Dewan ini dibanjiri oleh manusia setelah selesai solat Isya' dan bagi memastikan ribuan hadirin diluar dapat melihat aksi wacana ini, beberapa skrin ditempatkan di beberapa tempat strategik di sekeliling dewan.
Di dalam suasana yang begitu hangat di kubu kuat PAS ini, sebuah wacana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia" telah selamat dilansungkan. Setelah YB Dato Husam Musa menyampaikan hujah beliau yang banyak berkisar kepada pemimpin yang berteraskan taqwa, adil dan rahmah, beliau menghuraikan falsah 5 P iaitu; Prinsip, Polisi, Perancangan, Personality dan Parti Politik. Di dalam hujahnya beliau telah banyak membidas kepimpinan Barisan Nasional, terutamanya UMNO.
Apabila tiba giliran Khairy untuk memulakan hujahnya Khairy telah menyentuh isu kontrak sosial dan bagaimana prinsip pemerintahan BN yang jujur dan bertunjangkan amanah. kejujuran. keadilan dan kesaksamaan dalam kepimpinan.
khairy juga telah mengambil kesempatan untuk mengiktiraf forum ini sebagai satu tanda kematangan politik yang baru; sesuai dengan transformasi politik, dimana dengan adanya ruang demokrasi politik, beliau berkesempatan untuk hadir sebagai seorang panelis di dalam wacana yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri PAS.
Khairy tidak menafikan terdapat impak dalam corak politik tanahair. Namun yang demikian, Khairy beranggapan bahawa tsunami politik 8 Mac itu juga memberi kesan kepada PAS. Jika dahulu Presiden PAS merupakan Ketua pembangkang , tapi sekarang PAS wujud di Dewan Rakyat wujud sebagai junior partner dibawah Ketua Pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat.
Dalam mengulas tuduhan Dato Husam Musa atas keangkuhan politik yang ditunjukkan oleh Barisan Nasional, Khairy menyentuh tentang keangkuhan politik yang dipamerkan oleh Ketua Pembangkang Dato' Sri Anwar Ibrahim dalam menjanjikan pertukaran Kerajaan Pusat pada tanggal 16 September 2008. Tarikh ini merupakan satu janji yang tidak dapat dikotakan
Khairy menyemarkkan sokongan kumpulan kecil Pemuda UMNO yang turut hadir apabila beliau menyatakan bahawa Pakatan Rakyat belum diuji. Tegas beliau, percanggahan ideologi yang cukup besar wujud dalam Pakatan Rakyat sekarang. Begitu banyak isu yang menemui kebuntuan termasuk soal islam, kontrak sosial, hak orang Melayu, Bumiputera, Negara Islam dan lain-lain. Bak kata pepatah, bagai retak menanti belah.
Khairy juga mengundang para hadirin untuk menyelami realiti transformasi politik. Beliau mengajukan persoalan samaada hakikat 8 Mac itu disebabkan undi rakyat (undi positif) atau undi protes. Jika undi protes bermakna ia bukan transformasi politik. Dalam mengakui kemungkinan di negeri Kelantan, undi yang diberikan oleh PAS undi positif, di negeri lain keputusan ini mungkin disebabkan oleh undi protes. Beliau menyatakan keyakinan bahawa pada tahun 2013, insya – Allah BN akan kembali di tampuk pemerintahan.
Beliau juga menggariskan permulaan Reformasi dasar Barisan Nasional seperti penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah, Suruhanjaya Kehakiman dan pemindaan AUKU sebagai langkah permulaan positif yang dapat menguntungkan rakyat.
Di dalam sesi moderator pula Khairy menjawab beberapa tomahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada parti UMNO oleh Dato Husam Musa dan Professor Aziz Bari. Laporan politik wang yang begitu banyak di dalam musim pemilihan ini menunjukkan bahawa pemimpin UMNO serius dalam memastikan perubahan di dalam UMNO.
Beliau juga membidas sikap tidak adil dalam pemerintahan yang ditunjukkan oleh sesetengah negeri di bawah Pakatan Rakyat. Ulas beliau, ketika Menteri dan Menteri Besar UMNO diheret kedalam makhamah, mereka diminta berehat dan tumpu kepada usaha untuk mebela nama mereka, namun dua ahli EXCO negeri Perak dibenarkan untuk meneruskan tugas mereka walaupun dibelenggu dengan tuduhan yang begitu serius. Khairy juga menyentuh tentang laporan pertelingkahan di dalam PAS; dimana kumpulan Pro Anwar dan PAS tulen dilihat bertembung.
Khairy juga telah menyarakan kepentingan untuk UMNO dan PAS berdialog dan berbahas
mengenai beberapa isu penting seperti perlembagaan, bahasa, agama, ISA, dan sebagainya demi kepentingan kaum. Beliau memberi contoh persetujuan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayub untuk mengadakan sesi untuk membincangkan ISA sebagai satu permulaan sesi dialog demi kepentingan bersama ini.
Dalam wacana ini, apa yang amat mendukacitakan ialah profesionalisme panelis ketiga, Profesor Aziz Bari dari UIA menjadi tajuk perbincangan di akalangan para hadirin. Sebagai wakil golongn akademik, beliau seharusnya memberi hujah berdasarkan statisitik dan kajian dan bukannya memberi ceramah politik yang berat kepada satu pihak.
Dato Husam Musa pula tidak menunjukkan kematangan yang layak bagi kepimpinan tertinggi PAS apabila beliau tidak menjawab soalan samaada dari moderator mahupun para hadirin dan sebaliknya lebih tertumpu kepada serangan peribadi, politik dalaman UMNO dan politik PAS. Apa yang memeranjatkan para hadirin ialah apabila Dato Husam "melenting" dan mengajak kumpulan kecil Pemuda UMNO untuk berdebat dengan beliau apabila mereka meminta jawapan kepada persoalan yang telah diajukan.
Sidang akhbar yang dihadiri oleh Khairy Jamaluddin dan Dato Husam Musa jelas menunjukkan ketegangan dan tekanan yang dirasai oleh Dato' Husam.
Kesimpulannya, ramai yang berpendapat kemenangan politik malam ini terletak pada bahu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini kerana bukan sahaja beliau telah mengambil risiko yang begitu tinggi di dalam jangkamasa pemilihan UMNO ini untuk beradu tenaga dengan Naib Presiden PAS di kubu kuat PAS, malah beliau telah berjaya menangkis forum yang berat sebelah disebabkan oleh hujah Profesor Aziz yang berbau politik pembangkang.
Apa yang penting, wacana ini telah membuka ruangan demokrasi politik baru untuk generasi muda sekaligus memberi harapan baru untuk politik di Malaysia. Inilah pembaharuan berani yang menjangkau ungkapan, kata-kata dan slogan semata-mata.

Monday, December 15, 2008

Suami rayu bantuan bebaskan isteri ditahan di Pakistan


PULAU PINANG 14 Dis. - "Tolonglah selamatkan isteri saya, saya merayu kepada semua bantulah kami. Saya benar-benar tidak tahu apa yang patut dibuat lagi," rintih Jaafar Noor, 43, suami kepada wanita kurang upaya, Siti Aishah Hamid (gambar kecil) yang kini meringkuk di sebuah penjara di Pakistan akibat diperdayakan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Menurut pengawal keselamatan itu, semenjak isterinya ditahan kira-kira lapan bulan lalu, dia telah berjumpa pelbagai pihak untuk mengadu masalah yang dihadapinya itu dan rata-rata menjanjikan pertolongan.
Namun, kata Jaafar, semua itu hanya 'sekadar janji' dan usaha untuk membebaskan isterinya masih menemui jalan buntu memandangkan wang sumbangan tabung yang dilancarkan sebelum ini hanya RM40 diterimanya.
"Semenjak dia (isteri) ditahan 27 April lalu, hanya panggilan telefon daripadanya sahajalah jadi penghubung kami. Dia memberitahu dia sihat cuma makanan di sana tidak kena dengan tekaknya dan semenjak hari itu saya memasukkan RM300 sebulan untuknya bagi membeli makanan.
"Walaupun, dia memberitahu dia sihat, itu hanya daripada suaranya. Selagi tidak melihat dengan mata sendiri saya tetap bimbang dan akan cuba berusaha sedaya upaya supaya dapat berjumpa dengannya secepat mungkin," jelasnya.
Jaafar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pelancaran tabung bagi membantunya oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bayan Baru dan Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Dewan Kampung Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini hari ini.
Pada majlis itu, Ketua Pemuda UMNO Bayan Baru, Norman Zahalan menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada Jaafar melalui tabung tersebut.
Siti Aishah, 43, dikatakan terpedaya dengan taktik terbaru sindiket terbabit yang menawarkan hadiah berupa pakej melancong ke Singapura menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 7 April lalu.
Kali terakhir mangsa menghubungi Jaafar adalah ketika tiba di Singapura pada pagi 10 April.
Selepas itu pada 27 April lalu pula, dia menerima satu panggilan dari pegawai Konsulat Malaysia di Karachi, Gaafri Khalid Abdul Rahman yang memaklumkan isterinya ditahan di penjara kerana cuba membawa keluar dadah jenis heroin seberat 950 gram dari Pakistan ke Malaysia.
Siti Aishah yang menghidap penyakit tulang rapuh, SLE merupakan OKU kedua menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa, dengan seorang lagi kini meringkuk di sebuah penjara di Peru.
Sementara itu, Norman berkata, pihaknya amat berharap pelbagai pihak sudi menghulurkan bantuan kepada Jaafar supaya dia dapat berjumpa dengan isterinya di Pakistan.
"Selain itu, wang itu juga akan digunakan untuk mendapatkan peguam bagi mewakili Siti Aishah di sana kerana sistem perundangan negara itu tidak membenarkan peguam luar mewakili tertuduh yang ditahan.
"Kita juga akan membantu Jaafar untuk berbincang dengan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan pihak berkuasa kerajaan Pakistan supaya satu jalan penyelesaian dapat dicapai,'' katanya.
Menurut beliau, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Jaafar boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Bank Islam 07034010006312 atas nama Pergerakan Pemuda UMNO Bayan Baru.
Kata Norman, orang ramai boleh menghubungi beliau di talian 016-3334411 atau Setiausaha Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhd. Khairun Aseh di talian 013-3459988 bagi maklumat lanjut.

Friday, December 12, 2008

Pemuda Untuk Pemuda


Well itulah dianya peranan Pemuda UMNO, bahawa ia mewakili sayap golongan muda parti, memimpini Pemuda BN, serta representatif kepada seluruh golongan Malaysia.
Maka amat pentinglah bagi pemimpin Pemuda UMNO itu sezaman dan segenerasi dengan golongan atau segmen yang diwakili dan dipimpininya agar dapat ia, bukan sahaja, mendengar dan memahami, tetapi juga menjiwai, cita rasa, aspirasi, masalah, keperluan, perspektif, isu-isu serta idealisme orang muda.
Ada yang kata muda itu dari segi minda dan jiwanya di mana kalau minda dan jiwanya muda – maka mudalah ia. Ya, kita akui ada yang begitu, hatta ada yang sudah beruban penuh tapi masih berseluar jeans ketat. Namun hakikatnya, dan tidak dapat tidak, muda itu masih diukur relevansinya dari segi umur kerana umur itu menjadi masih proksi dan ukuran kepada mudanya seseorang itu.
Dalam konteks ini dan dalam persaingan Pemuda UMNO kali ini, hanya Khairy seorang sahaja yang layak bergelar sebagai pemimpin muda kerana umurnya 32 tahun dan masih relevan dalam konteks umur Pemuda UMNO yang diwartakan dalam lingkup 18 hingga 40 tahun, berbanding calon-calon lain yang berumur 44 tahun [Mukhriz] dan 43 tahun [Khir].
Memang diakui bahawa pengecualian umur diberi kepada Pemimpin Pemuda UMNO tetapi kita kena ambil maklum kepentingan umur yang seangkatan dengan golongan yang dipimpin agar tiada generational gap dan adultism dalam kepimpinan Pemuda yang menjurangkan lagi Pemimpin dan golongan yang dipimpinnya. Bak kata orang, orang muda ni pilihan warna dan cutting baju pun berbeza dengan orang tua.
Sebagai contoh kecil, dalam budaya Pemuda UMNO, perbualan lebih kepada rujukan “bro-bro” dan “ kau-aku”, kalau ada generational gap yang tinggi, pemuda di cawangan dan bahagian pun payah nak berbual dan bersama pemimpin mereka – nanti diselar kurang adap pula.
Juga, kita pun kena ambil maklum hasrat, falsafah dan maksud mengapa Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 menghadkan umur keahlian dan kepimpinan persatuan belia
kepada umur 40 tahun.
Dalam hal ini, mari kita lihat kepada purata umur barisan kepimpinan Pemuda UMNO bahagian [Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda] serta perwakilan G2 yang bakal mengundi pada bulan Mac 2009 nanti.
[Sampel ini sangat representatif kerana mengambil jumlah sampel [or n of the population] seramai 578 daripada 797 perwakilan Pemuda atau 73 peratus daripada jumlah populasi. Begitu juga bagi KP yang meakili 79 peratus daripada jumlah KP seluruh Malaysia, sampel NKP setinggi 76 peratus dan sampel perwakilan G2 pula merangkumi 75 peratus.]
Daripada analisa purata umur itu tadi, kita dapati purata umur seluruh perwakilan, (merangkumi KP, NKP dan G2), adalah 36 tahun, purata bagi KP adalah 37 tahun, purata NKP pula 36 tahun dan bagi G2 pada 35 tahun.
Ini semua menunjukkan jurang umur atau generational gap yang ada sekiranya mereka yang terpilih sebagai Ketua Pemuda kelak adalah bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas.
Peda hemat saya, zaman Khir di Pemuda sudah berlalu dan beliau pun sudah meninggalkan Pemuda sebelum ini – zaman dan cabarannya yang lebih relevan adalah bagi jawatan Naib Presiden atau MKT. Itulah tahap dan piawai bagi beliau sebagai seorang pemimpin veteran dan berumur. Disamping itu, beliau juga tidak dilihat sebagai pemimpin yang mewakili golongan muda didalam dan apatah lagi di luar UMNO, disamping persepsi negatif terhadap tindakan oppresif kepada golongan minoriti India dengan perobohan kuil yang antara lain membawa kepada tawar hati dan tentangan masyarakat India kepada BN.
Manakala bagi Mukhriz pula, tiada sumbangan besar dalam peranan yang dimainkannya sebagai EXCO Pemuda, malah beliau seangkatan dan sezaman dengan Khir. Dan nawaitu perjuangannya pun hanya sekadar nak perubahan kepimpinan UMNO yang sememangnya sudah termaktub. Beliau juga tidak dilihat sebagai pemimpin berkarisma, intelek dan bertenaga bagi membawa isu-isu Pemuda, apatah lagi kepada seluruh golongan muda Malaysia. Pandangan silo beliau terhadap perbincangan polisi nasional juga tampak tertutup dan terhad sekali dengan ketidakterbukaannya terhadap Suruhanjaya Kehakiman, yang begitu disokong oleh golongan muda, serta ceteknya perkiraan beliau tentang isu sekolah vernacular yang terperlihara dalam Perlembagaan.
Sehubungan dengan itu, kita harap para Perwakilan dapat menilai dan menilik pemimpin mana yang molek dan representatif bagi mereka, DAN JANGAN DILUPA – kepimpinan yang relevan kepada golongan muda Malaysia. Ini kerana, Pemuda UMNO ada lebih kirang seramai 700 ribu tetapi dalam PRU13 nanti dijangka terdapat seramai 7.3 juta pengundi muda. Bagi BN yang mengalami kejatuhan undi popular dari setinggi 90.4 peratus pada 2004 ke 50.6 peratus pada 2008, pastinya sokongan pengundi muda bagi saluran peti undi 3, 4 dan ke atas menjadi kunci kemenangan mana-mana parti politik yang bertanding.
Jadinya, kepada seluruh perwakilan – pilihlah calon pemimpin yang relevan dan pilihlag pemimpin untuk MASA DEPAN kita bersama.

Friday, December 5, 2008

MUTIARA PERJUANGAN

BISMILLAHHIRRAHMANIROHIM
ASSALAMMUALAIKUM...WBT..
selamat bersidang saya ucapkan kepada perwakilan yang hadir pada persidangan perwakilan pergerakan pemuda umno 2008 pada hari ini.
Ekoran perjuangan parti keramat ini telah bertahun lamanya menjadi inspirasi terhadap kita semua menerima wadah perjuangan dengan hati yang rela.
Tidak mengira waktu dan juga masa,perjuangan ini diteruskan biarpun pahit manis yang dirasai demi semangat yang berkorban melahirkan pejuang-pejuang bangsa kita
Iktibar pilihanraya yang lepas merupakan suatu peringatan yang harus kita kembali keperjuangan asal parti ini dan memantapkan lagi barisan benteng pemuda kita yang telah terbukti UMNO dicabar hebat didalam percaturan pemerintahan negara kita ini
Akan kita harungi permasalahan ini bersama pergerakan pemuda bagi memertabatkan kembali hasil murni semangat juang pejuang kita yang terdahulu bersama kalimah tauhid pegangan kita.
Kemanakah halatuju kita yang kita sanjungi selama ini dan adakah wajar kita biarkan ditelan arus perubahan zaman
Andaikata bumi dipijak dan langit yang kita junjung ini menjadi porak peranda dek pengkhianat bangsa,mengucarkacirkan pemerintahan Negara kita ini tak akan kita permudahkan urusan mereka
Walaupun terpaksa mengharungi lautan yang luas akan saya pertahankan demi maruah ISLAM,MELAYU dan NEGARA dari serangan yang lepas menjadi iktibar dan titik sentuh menambah keupayaan menentang musuh kita
Apalah ada pada perjuangan jika kita asyik berbalah sesama kita,kekuatan mental dan fizikal harus diketengahkan untuk berdepan dengan onak dan duri yang dihadapan perjuangan kita
Namun begitu para perwakilan sekelian'Membujur Layu Melintang Patah' dan demi perjuangan ini 'Kalau Roboh Kota Melaka Papan Dijawa Hamba Dirikan'
akhir kalam selamat bersidang bersama semangat ini...........
Nukilan.....
NORMAN ZAHALAN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN BAYAN BARU PULAU PINANG

Tuesday, December 2, 2008

APABILA WARGANEGARA LUPA SEJARAH BINA NEGARA BANGSA


CUKUP BANGGA DAN ANGKUH PEMIMPIN DAP MELIHAT BAHASA MELAYU DIKESAMPINGKAN DI PULAU PINANG.JIKA PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM MATAPELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DITENTANG HEBAT OLEH PAS, MENGAPA DALAM HAL INI PAS BERDIAM?INILAH BUKTI JELAS PAS SEBAGAI SEEKOR LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG OLEH USTAZ LIM AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR .....