Wednesday, April 22, 2009

SUMBANGAN KERUSI RODA KEPADA SULAIMAN BIN RASYID ....


AHAD.18 APRIL 2009



Pematang Tepi Laut,Pengerusi Biro Agama Dan Kebajikan merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru Saudara Norman Bin Zahalan telah menyumbangkan sebuah kerusi roda kpd sulaiman bin rasyid(72)

sulaiman telah terlantar hampir 3 bulan dirumahnya akibat sakit tua,sumbangan telah di buat sendiri oleh Saudara Norman di rumahnya yg terletak di permatang tepi laut,pada jam 3 ptg.

seluruh keluarga Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru mendoakan Saudara Sulaiman agar cepat sembuh,dan menjalani kehidupan seperti biasa,

Thursday, April 16, 2009

ANTARA KEBETULAN DAN KENYATAAN.......

Pepatah melayu ada berkata “jangan biarkan diri kita dipatuk ular dua kali di tempat yang sama”.Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini berkata UMNO parti yang mula derhaka kepada Raja-Raja Melayu dengan meragut kuasa Raja pada 1993. Pada hari ini juga kesilapan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu sebagai payung agama Islam sedang dilakukan oleh PAS.

Umno sekarang sudah mula bangkit memperbaiki kesilapan-kesilapan lalu setelah dilanda tsunami politik selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.Kesilapan pertama kita boleh takrifkan sebagai pengajaran,kesilapan kedua, kesedaran dan kesilapan ke tiga UMNO bangkit memperbaiki segala kesilapan lalu.

Dewasa ini kita boleh lihat kesalahan dan kesilapan silam yang dilakukan oleh UMNO sedang diulangi oleh PAS sekarang.Dimana janji-janji PAS untuk memperbaiki segala kesilapan yang dilakukan oleh UMNO.Sebab itu kita boleh katakan PAS ini sebagai parti yang pembohong sepanjang hayatnya.

Adakah kerana Tan Sri Ghazali Jawi tidak mahu meletak jawatan ,maka si nizar pun tidak perlu meletak jawatan. Tetapi jawatan beliau telah gugur sekarang. Adakah kerana pemimpin UMNO Kelantan membuat satu demontrasi dan memorandum dihantar kepada Sultan Kelantan,maka PAS pun harus turut sama menahan kereta Raja Muda Perak di tengah jalan.


Ini satu perkara ”kurang ajar” yang tak pernah dilakukan oleh UMNO.Menderhaka nya UMNO kepada Raja tidak sampai ke tahap itu,”derhaka” UMNO cara terhormat dan bersopan serta mematuhi arahan-arahan pasukan keselamatan.Berbalik kepada kisah tahun 1993,PAS kena ingat siapa ”jaguh umno” pada masa itu selain Tun Dr Mahathir yang ”berlawan” dengan Raja-Raja.Dimana orang itu sekarang ? Orang itu lah yang sedang dijilat oleh PAS sekarang.

Melayu mudah lupa.....


Kerajaan pada masa itu tidak senang hati dengan sikap feudalisme beberapa orang Raja yang tidak menghayati dan menghormati Pindaan Perlembagaan 1983.Tun Dr Mahathir pada masa itu berpendapat jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera maka beliau risau akan berlaku lebih banyak kes tidak elok akan dilakukan oleh Raja-Raja,dan dengan sendiri rasa hormat rakyat kepada istana akan terhakis dan terus hilang.


Maka kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk memelihara martabat Raja-Raja Melayu agar terus terpelihara dan sentiasa dihormati. Kemuncak kepada krisis ini ialah apabila timbul ”kes hoki” di Johor pada 1992.Maaf ! saya tidak dapat ceritakan secara terbuka peristiwa tersebut disini,kerana saya berpendapat tidak molek bagi saya membangkitkan peristiwa yang sudah lepas serta kesilapan tersebut telah pun diperbetulkan dan kerana saya seorang yang menghormati serta menyanjungi intitusi Raja-Raja Melayu.


Sehubungan dengan itu pada 11.Dis.1992,kerajaan telah mengumumkan pindaan perlembagaan bagi menghadkan kekebalan Raja. Antara intipati yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir pada masa itu ialah:Bagi menghindarkan Raja-Raja daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang terhadap mereka.


Menghadkan imuniti Raja-Raja di sisi undang-undang.Membenarkan Ahli Parlimen membahaskan isu Raja-Raja secara terbuka di Dewan Rakyat ASALKAN tidak mencadangkan penghapusan sistem Raja.Tujuannya hanya satu pada waktu itu,iaitu untuk terus memelihara martabat Raja-Raja Melayu.

Dengan boleh mendakwa Raja-Raja di mahkamah,atau membahaskan isu mereka di Dewan Rakyat ,maka sudah tentu Raja-Raja akan sentiasa menjaga tingkah laku mereka agar tidak diseret ke mahkamah atau dibahaskan di Dewan Rakyat yang sudah tentu akan mendapat liputan media dan seterusnya memalukan serta menghakis rasa hormat rakyat kepada mereka.


Adakah ini yang dikatakan derhaka oleh PAS ?Tun Dr Mahathir berkata,sebelum ini banyak berlaku insiden yang tidak diingini dilakukan oleh Raja.Beliau berkata ketiga-tiga PM sebelum beliau adalah penasihat kepada Raja-Raja pun pernah menegur Raja-Raja berkali-kali tetapi semua teguran itu tidak berkesan.


Maka Tun Dr.Mahathir harus mengambil tindakan drastik bagi terus memelihara Intitusi Raja-Raja agar ianya terus dihormati.Akhirnya Parlimen telah meluluskan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 dengan majoriti dua per tiga dan ini segera diikuti dengan tindakan Kabinet membuat keputusan menarik balik segala kemudahan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu yang tidak terkandung dalam perlembagaan.


Antara kandungan pindaan ini ialahRaja-Raja boleh didakwa di bawah undang-undang,tetapi mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Khas. Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Negeri dikehendaki berhenti daripada berfungsi apabila menghadapi tindakan undang-undang dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari,mereka akan diturunkan takhta melainkan diampun.Pada masa itu juga semua Negeri yang beraja turut sama meminda Perlembagaan Negeri masing –masing sama seperti Kerajaan Persekutuan,kecuali KELANTAN yang tidak memindanya kerana Sultan Kelantan pada masa itu lebih condong ke arah Kerajaan Angkatan Perpaduan Umah (APU) ,gabungan PAS dan S46 yang memerintah Kelantan ketika itu.


Kononnya hendak membodek Sultan Kelantan supaya Sultan terus menyebelahi mereka dan memberi keuntungan politik kepada PAS. Pada waktu itu juga hiruk pikuk seluruh Negara pemimpin PAS menjaja cerita , kononnya UMNO menderhaka kepada Raja dengan meminda perlembagaan. Allah maha adil dan maha kaya, nah ! sekarang ambil kau , giliran UMNO pulak menjaja yang PAS menderhaka kepada Raja dalam krisis politik di Perak.Sehingga ke saat ini hanya Kelantan sahaja negeri yang belum meminda Perlembagaan tersebut. Tetapi Kerajaan Kelantan cuba memindanya,kerana pada masa itu mereka mempunyai hubungan yang dingin dengan Istana Kelantan.


Jika tidak silap saya pindaan itu cuba dilakukan diantara tahun 1997-2002.(maaf,saya tak ingat dengan tepat,dan tiada rujukan fakta,tapi saya masih ingat kes tersebut,jika ada sahabat yang ada fakta tersebut mohon e mail kepada saya)Kenapa saya masih ingat kes tersebut ? kerana pada masa tersebut rakyat Kelantan sibuk bercakap ”ha ! pade muko, dulu ore pinda mu tokse pinda,la nih baru serabut nak pinda” (ha ! padan muka,dulu orang pinda,kamu tak nak pinda,sekarang baru kelam-kabut nak pinda).Tetapi rang undang-undang tersebut tidak berjaya dipinda kerana tidak mendapat perkenan Istana.


Ianya diluluskan di DUN Kelantan,tapi Sultan Kelantan tidak tandatangan lagi sehingga sekarang.Saya juga difahamkan di waktu itu kesemua Adun-adun PAS Kelantan dikurung di JKR 10 untuk ”dicuci otak” agar menyokong pindaan tersebut. Pada masa itu Kerajaan PAS Kelantan tidak berpuashati dengan campurtangan Istana berhubung beberapa perkara,termasuk perlantikan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri.Sebab itu sampai sekarang perlantikan Pegawai-Pegawai kanan Kerajaan Negeri ,seperti SUK,Pegawai Kewangan Negeri dll masih lagi di bawah kuasa Sultan Kelantan.


Berbalik kepada kisah Pindaan Perlembagaan 1993.Buktinya boleh dilihat dengan jelas daripada 1993 hingga sekarang tidak ada satu kes , yang memalukan berkenaan dengan Raja yang dibawah ke mahkamah atau Dewan Rakyat ,kecuali kes Almarhum bekas Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan lawan Standard Chatered Bank.Itu pun kes sivil,bukannya kes salah guna kuasa atau jenayah. Bermula daripada situlah intitusi Raja terus dihormati hingga kini,kecuali oleh PAS dalam kes Perak baru-baru ini.


Saya tidak nafikan dalam menghadapi kemelut besar seperti ini pada 1993,sudah tentu akan ada kenyataan atau ayat-ayat yang boleh melukakan hati Raja-Raja.Sebagai contoh pada 15.Jan.1993,Naib Presiden Umno pada masa itu ANWAR BIN IBRAHIM telah memberi amaran kepada Raja-Raja Melayu,bahawa Kabinet akan menimbang untuk mengadakan satu pungutan suara jika Raja-Raja Melayu gagal memberi persetujuan berhubung dengan Pindaaan Perlembagaan tersebut.


Disini PAS boleh lihat dengan jelas siapa yang turut sama ”menderhaka” kepada Raja pada masa itu.Harap PAS tidak butakan mata dan hati dengan fakta ini.Melayu mudah lupa...Tun Dr.Mahathir akhirnya dapat memastikan rakyat mendapat perlindungan undang-undang daripada sebarang penyalahgunaan kedudukan Raja-Raja dan memberikan makna lebih jelas dan tepat kepada konsep Raja Perlembagaan.


Tiga Perdana Menteri yang lalu sebelum Tun Dr.Mahathir telah mencuba tetapi hanya Tun Dr.Mahathir yang dapat menyempurnakannya.Inilah kehebatan seorang yang bernama Mahathir.Adakah apa yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir ini penderhakaan ? Tidak ! tentu jawabnya tidak,tidak dan tidakSekali lagi saya ulangi ayat Allah maha adil dan maha kaya.Dulu siang malam PAS berceramah seluruh Negara kononnya UMNO dan BN ”kafir” kerana bergabung dengan MCA,MIC,Gerakan,dll.


Sekarang PAS pun turut ”kafir” kerana bergabung dengan DAP serta PKR yang bukan parti Melayu. Dan yang paling ”sedapnya” PAS pun dah jadi parti pelbagai kaum sekarang.Syarat menyertai PAS mesti beragama islam tidak diperlukan lagi,kerana PAS sudah bertukar menjadi ”PAS FOR ALL”.


Sekarang orang bukan islam sudah boleh menjadi ahli PAS malah boleh menjadi calon PAS lagi.(di Johor dalam pru 2008).Pas sekarang sudah sebaris dengan DAP,PKR,Gerakan dan PPP.Dulu PAS sering mendabik dada kononnya BN tidak pandai mentadbir Negara dan Negeri ,kononnya mereka lebih pandai,sekarang lima Negeri dalam tangan mereka.Opssss ,maaf,sudah berkurang satu di Perak (terlupa pula).


Tengok apa jadi kepada semua Negeri-Negeri tersebut ? Penuh konstrovesi dan masalah.Kelantan sendiri sudah 18 tahun diperintah oleh PAS. Apa yang boleh dibanggakan di Kelantan 18 tahun.Negeri tak ubah seperti di Negara Kemboja.Jika tiada bantuan Kerajaan Pusat sudah lama Kerajaan tersebut jatuh menyembah bumi.Masalah air pun sampai sekarang tidak dapat diatasi.Setakat buat gimik papan-papan tanda Al-Quran di tepi jalan sahaja.


Satu saja yang saya dapat berikan kepada Kerajaan PAS Kelantan iaitu,ptuiiiiiiiiiii.Hanya ludahan air liur saja yang layak diberikan kepada mereka.Dulu PAS mengatakan pemimpinBN tidak bermoral,sekarang mereka dan rakan-rakan mereka pun turut sama tidak bermoral,ada kes gambar bogel,ada kes liwat,ada kes anak luar nikah,anak kes tangkap khalwat,ada kes rasuah dan ada kes berkahwin rakyat Kemboja dan bercerai.Dulu siang malam berceramah mengutuk Kerajaan BN kononnya membenarkan kilang arak dibina di Selangor.


Kini sudah genap setahun PAS berkongsi kuasa dengan rakan-rakan mereka di Selangor,tetapi kilang arak masih berdiri megah disana.Adakah kilang arak tersebut perbaharui lesen mereka lima tahun sekali ? Tidak,lesen diperbarui setahun sekali oleh PBT.Tapi kenapa mereka masih sambung lagi lesen kilang arak tersebut ? Tak mungkin daripada 8.Mac.2008 hingga 8.Mac.2009 lesen kilang arak tersebut belum tamat tempoh lagi.Daripada dulu sehingga sekarang kerja PAS ini hanya menipu sepanjang masa,cakap tak serupa bikin. Bikin tak serupa cakap. Cakap-cakap-cakap,tak bikin-bikin.Lidah segelintir pemimpin dan orang-orang PAS ini adalah ”lidah syaitan”.


Sebab itu mereka berceramah selalu bohong dan meraung sekuat hati kerana mulut mereka ”penuh syaitan”.Dalam soal ini orang-orang PAS tak boleh salahkan saya kerana Nik Aziz sendiri mengakui mereka berkawan dengan Syaitan,sebab tu mereka jadi Syaitan.Saya tidak tuju kepada semua pemimpin atau orang-orang PAS,tetapi kepada segelintir mereka.Saya juga tidak ”menghina tok guru” (kepercayaan karut) kerana tok guru tetap tok guru ,tetapi orang politik adalah orang politik.

Dua perkara yang berbeza.Saya juga hormat kepada ilmu-ilmu agama yang ada pada semua orang,tak kira PAS atau UMNO,tetapi tidak menghormati orang yang menyalahguna ilmu agama untuk kepentingan politik.Beza PAS dan Umno seperti berikut :

PAS MENGGUNAKAN AGAMA DAN BANGSA DEMI KEPENTINGAN POLITIK

UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA.

Tidak perlulah PAS kelentong kononnya perjuangan UMNO adalah perjuangan Kebangsaaan dan perjuangan PAS adalah perjuangan Islam,kerana untuk menguatkan sesebuah agama maka bangsa itu perlu diperkuatkan terlebih dahulu.

Tidak perlulah PAS hendak menjaja cerita kononnya mereka ulama pewaris Nabi dan berpolitik cara Nabi Muhammad.Bohong ! Tak payah nak mencemarkan kesucian Nabi Muhammad dan menggunakan nama baginda untuk kepentingan politik PAS.


Saya cabar orang –orang PAS sebut satu nama parti politik zaman Rasulullah.Tiada memang tiada.Jadi PAS tak perlu nak menyamakan taraf poltik mereka mengikut Rasulullah.Baginda tidak berperang sesama islam seperti mana yang dilakukan oleh PAS terhadap UMNO dulu dan sekarang.Nabi Muhammad tidak berpolitik wahai orang-orang PAS.Baginda berdakwah mengajak seluruh kaum yang menyembah berhala dan api supaya tunduk dan menyembah ALLAH S.W.T.

Baginda juga menyebarkan syiar-syiar islam kepada orang-orang jahiliah.Baginda mengajak orang-orang kafir memeluk islam.Tidak seperti PAS yang MENGKAFIRKAN orang – orang yang memang sudah islam tetapi tidak menyokong parti politik mereka.Ternyata UMNO dan BN lebih baik daripada PAS dan Pakatannya.Tiada apa yang boleh kita banggakan dengan PAS.


Jika UMNO sudah bangkit memperbaiki segala kesilapan silam,mengapa kita harus memberi peluang kepada PAS yang sedang mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh UMNO.Tidak tahu berapa puluh tahun lagi barulah PAS hendak bangun memperbaiki kesilapan mereka.Selama ini rakyat memilih PAS dengan harapan PAS tidak melakukan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO kerana PAS sering mendabik dada kononnya mereka lebih baik daripada UMNO.Tapi nampaknya rakyat hampa dengan janji-janji PAS.


Semuanya omongan kosong.Ibarat tin yang diketuk dengan besi,bunyi bising bagai nak rak,tapi isi kosong.Itulah perwatakan PAS yang sebenar.Dan segalanya telah terbukti hari ini apabila rakyat tegur kesilapan PAS,maka jawapan bodoh PAS adalah UMNO buat juga.Samalah seperti dialog yang saya beri seperti pembuka bicara ini di atas.


Itulah wajah bodoh PAS.Oleh itu saya seru kepada sahabat semua,marilah kita semua bersatu di bawah panji-panji UMNO dan BN.Sesungguhnya tiada parti lain yang dapat membawa suara kita,hanya UMNO dan BN sahaja.Saya akui ada juga perkara-perkara yang tidak betul di dalam UMNO,dan UMNO cuba untuk berubah,dan kita harus memberi peluang kepada UMNO.Umno bukannya bodoh seperti PAS yang terus-menerus membuat apa yang rakyat tidak suka seperti yang dibuat oleh UMNO dahulu.


Lagi satu tiada pun pemimpin-pemimpin PAS ini yang berkaliber dan mampu membawa Negara kita maju ke depan.Pemimpin-pemimpin PAS hanya pemimpin yang pandai bercakap atau lebih tepat seperti yang saya kata di atas tadi iaitu tin kosong.Seandainya kita diperintah oleh PAS maka negara kita berundur balik 30 tahun ke belakang.


Sekarang pun sahabat sekalian boleh melihat dengan jelas kualiti Adun-Adun atau Ahli-Ahli Parlimen PAS dan BN.Kualitinya jauh berbeza.Mana yang lebih ”standard”.? Tepuk dada tanya selera.Sebagai penutup kepada bicara ini,marilah kita bersama merenung kembali sikap-sikap PAS selama ini.PAS puncanya perpecahan umat islam di bumi Malaysia ini.Di mana ada PAS disitu pasti ada perpecahan masyarakat.Kerja memecah belah manusia ni kerja syaitan sahaja dan PAS pun memang berkawan dengan syaitan.Sahabat buatlah lah tafsiran sendiri.

Fairus Letak Jawatan Sebagai Adun Penanti


Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Keputusan itu, yang diumumkan sembilan hari selepas pendiriannya melepaskan jawatan Exco dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April lalu, akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Ketika ini,Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada bila-bila masa.
Nampaknya kita perlu melakukan persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil lagi, kali ini di Penanti

Friday, April 10, 2009

Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri



Satu pertemuan dan majlis ringkas minum pagi telah diadakan pagi tadi di mana YB Khairy Jamaluddin telah menjemput penyokong beliau dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia untuk bersama beliau bagi bertukar pendapat dan mendengar pandangan dari ahli-ahli Pemuda. Dalam ucapan ringkas YB Khairy telah menjelaskan kedudukan sebenar dan menyeru agar semua penyokong beliau untuk menerima keputusan Kabinet dan membantu beliau untuk melaksanakan kerja parti yang telah di amanahkan oleh Perdana Menteri. Beliau juga menyeru agar ahli UMNO tidak melabelkan diri mereka sebagai orang-orang pemimpin pemuda tertentu dan perlu membuang anggapan berkenaan kerana semuanya adalah Pemuda UMNO . Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.

YB KJ juga menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO untuk
memberikan sokongan padu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan terus setia dan memberikan sokongan yang padu kepada YAB Perdana Menteri. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu dan menyokong beliau semasa pemilihan dahulu dan baliau benar-benar berharap semua penyokong beliau jangan merasa kecewa… Meminjam kata-kata Ali Rustam , Dunia Belum Kiamat, Esok Masih Ada.
Beliau juga mengucapkan Syabas kepada dua pemimpin pemuda yang telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan beliau amat berbangga kerana pemuda diwakili oleh dua orang Timbalan Menteri. Beliau berkata , beliau sebenarnya tidak meletakkan harapan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ketika bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO dan kerana itu beliau tidak merasa kecewa apabila dipanggil oleh Perdana Menteri sehari sebelum penamaan senarai kabinet.
Pemuda akan menjadi sebuah pertubuhan yang tidak terikat dan bebas untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang diperjuangkan kerana beliau tidak terikat didalam kerajaan dan beliau berharap Pemuda akan menjadi sebuah sayap yang digeruni oleh kawan dan lawan seperti di zaman Datuk Harun Idris dahulu. Untuk mencapai matlamat ini pemuda perlu bersatu dan memupukan semangat setiakawan.
Beliau juga berharap agar semua yang hadir untuk menyampaikan apa yang telah beliau nyatakan dan berharap semua ahli Pemuda memahami akan pendirian beliau . Ucapan beliau telah disambut dengan penghormatan berdiri oleh lebih dari 300 ahli dan pemimpin pemuda dengan laungan KJ KJ KJ KJ . Majlis selesai pada jam 12.00 tengah hari sebelum mereka semua beredar menunaikan solat Jumaat di masjid Putra Jaya.

Wednesday, April 8, 2009

Kekalahan di 2 bukit menuntut penyatuan & perubahan

Setelah mendengar keputusan PRK di ketiga tiga tempat,terlintas d atie saya adakah rakyat telah menolak BN dengan sekeras-kerasnya,kerana apa impak peralihan kuasa & kemasukan semula TUM M di dlm UMNO juga tidak membawa apa2 perubahan.
Tetapi pada pandangan saya,jikalaulah UMNO & BN hendak mengembalikan kegemilagan seperti dahulu,perubahan yg drastik perlu diterjemahkan oleh BN,UMNO sekarang dilihat terlampau menjaga kroni&periuk nasi sendiri saja,seperti kata Tun Abdullah Ahmad Badawi jikalau UMNO&BN tidak berubah maka PRU 12 adalah kali terakhir UMNO&BN akan menguasai kerajaan.
Penyatuan di dalm UMNO sendiri perlu diperkukuhkan lg,di dlam UMNO seperti sudah menjadi budaya,jikalau ada saja pertandingan kumpulan2 kecil akan terbentuk dengan megahnya,kenapa ini semua perlu berlaku,sedangkan UMNO kelihatan sudah nazak pada ketika itu,dimanakha janji utk pengremajaan semula UMNO.
Saya berharap sangat selepas ini,kepimpinan baru yg telah terbentuk akan menjalankan tanggungjawab dengan ihklas,jujur&amanah,kekalahan kita di 2 bukit tidaklah perlu kita menyalahkan sesiapa,perlu diigatkan bahawa rakyat di luar sedang memerhatikan UMNO dr keseluruhannya.Setiap ahli umno perlu merasa bersalah,apa yang telah kita sumbangkan terhadap UMNO ketika PARTI mengharap sesuatu dr kita.
Adakah kita rela melihat PARTI KERAMAT ini rebah pd PRU 13,sama2lah kita memikirkannya,keputusan semua berada di tangan kita,justeru iti marailah kita sama2 mengembelingkan tenaga untuk melihat PARTI UMNO ini terus gah di tanah air kita ini.Akhir sekali kembalilah kepada asas perjuangan kita.......
Pohon Nyiur Di Tepi Laut
Dimakan Kumbang Pucuknya Layu
Kepada UMNO MELAYU Berpaut
Tumbangnya UMNO Hilanglah MELAYU
SEKIAN...

BN pertahan kubu di Batang Air , kalah di 2 Bukit ..

Melihat kepada keputusan PRK di ketiga-tiga ,kesimpulan yang dapat dilakukan ialah keputusannya tetap sama seperti PRU 12 . BN pertahankan Batang Air dan Pakatan pertahankan tempat mereka menang dahulu .Pengundi yang mengundi parti tersebut pada PRU 12 masih lagi mengundi kepada parti itu dalam pilihanraya kecil ini .

Cuma perubahan sedikit sahaja iaitu semua kawasan bertanding jumlah majoriti meningkat walaupuan hanya sedikit .Jumlah Undi untuk BN juga meningkat berbanding PRU 12 dahulu di kesemua kawasan dan paling banyak ialah DUN Batang Air.

Saya bersetuju dengan Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa keputusan Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau ini tidak boleh digunakan untuk menilai prestasi DS Najib Tun Razak dan barisan saf baru kepimpinan UMNO sebab DS Najib hanya baru beberapa hari memegang jawatan Perdana Menteri dan Presisden UMNO .

Ada hikmah disebalik kekalahan ini tetapi sebenarnya kita tidak kalah pun dan kita masih mampu mempertahankan Dun Batang Air.Perjuangan kita belum selesai kerana terdapat banyak ranjau dan halangan menanti. Jika kita berani dan tidak gentar serta tak putus asa ,akhirnya kejayaan akan dapat kita perolehi Insyallah akan ada lagi pilihanraya kecil bakal menanti !!Salam perjuangan ..

Analisis dari Agenda Daily


Undi Cina tidak memihak BNBarisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya mengalahkan Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti 1,854 undi.Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan BN merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak kesampaian. BN tewas di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi dan Bukit Selambau pula dengan 2,403 undi.

Berdasarkan kepada pecahan undi yang diperolehi BN di Bukit Gantang, undi yang diperolehi oleh calon BN, Ismail Saffian bertambah sebanyak 622. Manakala undi calon PAS yang diwakili oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin meningkat kepada 1,845.Pertambahan undi dan majoriti di Bukit Gantang itu disumbang oleh peningkatan hampir 3% atau 1,327 pengundi yang keluar mengundi.

Pada pilihan raya kecil kali ini 75.1 peratus atau 41,626 orang daripada 55,462 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka berbanding 72.65% atau 40,299 pengundi.Daripada pertambahan undi tersebut, BN memperolehi tambahan undi sebanyak sekitar 60 undi dari DUN Kuala Sepetang yang majoriti pengundinya kaum Cina berbanding undi yang diperolehi pada pilihan raya umum Mac 2008, DUN Changkat Jering dan DUN Trong pula menyumbang pertambahan lebih 500 undi.

Kemampuan calon BN menambah undi di DUN Changkat Jering mempunyai makna tersendiri kerana ia tidak mencerminkan bantahan rakyat kepada keputusan ADUN kawasan berkenaan Kapten (B) Osman Jailu yang meningggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

Manakala PAS pula selain turut mendapat pertambahan undi daripada kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu DUN Changkat Jering dan Trong sekitar 800 undi, pertambahan paling ketara diperolehi PAS ialah daripada DUN Kuala Sepetang, di mana pengundinya majoriti kaum Cina iaitu kira-kira 1,000 undi.Berdasarkan senario tersebut, isu BN menumbangkan ‘kerajaan Cina’ di Perak memang menjadi faktor menyebabkan mereka memberikan undi kepdaa PAS sebagai tanda protes kepada peralihan kerajaan negeri daripada kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS kepada BN.

Mengulas mengenai faktor pengundi Cina tidak memilih BN, Timbalan Presiden UMNO pada siding medianya Selasa malam memberitahu, BN akan menubuhkan pasukan bebas bagi membuat ‘bedah siasat’ terhadap keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang secara menyeluruh.

Manakala Nizar pula dalam reaksinya menyifatkan keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang itu sebagai pengktirafan kepada kerajaan campuran pembangkang sebelum ini . Sementara itu bagi DUN Bukit Selambau, PKR menang dengan majoriti 2,403 undi. Calon parti itu memperolehi 12,263 undi berbanding Datuk S.Ganisan yang dapat 10,229 undi. Kesemua 13 calon Bebas yang turut bertanding memperolehi 1,326 undi dan hilang deposit

Friday, April 3, 2009

UCAPAN TAHNIAH DR KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAYAN BARU




Assalammualaikum w.b.t
Dato Seri Najib Tun Razak,
Alhamdullillah syukur ke hadrat ALLAH S.W.T dengan limpah dan kurnianya rakyat malaysia menerima seorang lagi pemimpin yang berwibawa selepas TUN ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI iaitu Dato Seri Najid Tun Razak sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA YG KE 6.
Selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian BAYAN BARU saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri yang baru sahaja menerima watikah perlantikan sebagai PERDANA MENTERI KE 6,saya yakin dengan kemampuan Dato Seri untuk membawa negara Malaysia yg tercinta ini kearah yang lebih Cemerlang,Gemilang&Terbilang
Serta pembaharuan yang akan dibawa oleh Dato Seri dan dibantu oleh saf2 yang baru dipilih oleh semua Perwakilan umno pada pemilihan baru2 ini.INSYAALLAH Dato Seri UMNO akan terus kukuh dan padu dibawah kepimpinan Dato Seri
PEMUDA BAYAN BARU sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Dato seri Najib Tun Razak serta Datin Seri Rosmah Mansor semoga ALLAH melindungi Dato Seri serta keluaraga tercinta...AMIN...
IKHLAS DARI KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAYAN BARU
NORMAN ZAHALAN

Najib dengan rasmi PM ke-6 , Abdullah dan Jeanne anugerah Tun


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia kenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Upacara yang penuh adat istiadat itu, yang berlangsung di Balai Rong Seri Istana Negara di sini, menyaksikan Najib melafazkan ikrar berbunyi berikut:
“Bismillahirahmanirrahim.Wallahi, Wabillahi, Watallahi.Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan jujur, dengan segala dayaupaya saya, bahawa saya akan menumpahkan kepercayaan dan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan juga memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya.”
“Bismillahirahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
“Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada sesiapa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan diketahui oleh saya sebagai seorang Perdana Menteri kecuali sebagai mana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sempurna kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagai mana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong.”
Abdullah dan Jeanne anugerah Tun
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini masing-masing menerima anugerah bergelar “Tun” daripada Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini hari ini.
Abdullah, 69, menerima anugerah tertinggi negara “Seri Maharaja Mangku Negara” (SMN) manakala Jeanne, 55, menerima anugerah “Seri Setia Mahkota” (SSM).
Istiadat penganugerahan itu berlangsung selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.
Abdullah, yang dilantik sebagai perdana menteri pada 31 Oktober 2003, melepaskan jawatan itu semalam.

Siti Aishah hanya ingat tali gantung



UTUSAN MALAYSIA
KANGAR 1 April - ''Sewaktu ditahan atas dakwaan memiliki dadah jenis heroin di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi awal tahun lalu, apa yang terlintas di kepala saya hanyalah hukuman mati dan tali gantung.
''Saya menyesal dan menyalahkan diri sendiri kerana disebabkan hal itu, saya terpaksa meringkok dalam penjara selama hampir setahun dan berjauhan dengan keluarga,'' demikian luahan Siti Aishah Hamid, 44, yang kini dibebaskan daripada penjara di Karachi selepas menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
''Saban masa saya teringat suami dan keluarga. Tapi apa yang boleh saya lakukan kerana semua ini adalah salah diri saya sendiri yang mudah mempercayai sindiket yang berselindung di sebalik promosi pelancongan,'' katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Pauh Simpang Empat di sini hari ini.
Siti Aishah yang menderita penyakit tulang rapuh menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menawarkan hadiah berupa pakej melancong ke Singapura menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 7 April lalu.
Beliau bagaimanapun ditahan pihak Imigresen Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, pada 27 April tahun lalu apabila dikesan cuba membawa keluar dadah jenis heroin seberat 950 gram dari Pakistan ke Malaysia.
Siti Aishah kemudian dikenakan hukuman penjara selama setahun bermula daripada tarikh dia ditahan. Bagaimanapun, wanita itu dibebaskan 45 hari lebih awal kerana didapati tidak bersalah serta berkelakuan baik sepanjang dalam penjara.
Katanya, sindiket itu sangat licik sehingga dia yang ditawarkan pakej itu tidak dapat berfikir dengan waras kerana tindakan mereka dilakukan dengan terancang.
''Setibanya saya di Kuala Lumpur mereka memberitahu perjalanan saya ke Singapura dibatalkan dan diganti ke Pakistan.
'
'Saya dimaklumkan semua hal termasuk tiket kapal terbang dan penginapan telah disediakan dan akan ada rakyat Malaysia yang lain akan mengikuti pakej melancong tersebut,'' ujarnya.
Menceritakan pengalaman sepanjang dalam tahanan di Pakistan, Siti Aishah berkata, dia menerima layanan yang baik sepanjang berada di dalam penjara.
''Kami ditempatkan dalam bilik penjara berbentuk dom. Seramai 40 orang wanita termasuk saya ialah warga asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan.
''Dalam penjara, kami dibenarkan memasak makanan yang digemari asalkan mampu membeli bahannya. Jika tidak, kami boleh makan makanan yang disediakan tiga kali sehari," katanya yang kini boleh bertutur bahasa Urdu dan Inggeris.
Menurutnya, banduan juga dibenarkan untuk memakai pakaian masing-masing dan tidak ada pakaian yang dikhaskan.
''Suasana di dalam penjara agak bebas terutama apabila mereka mengetahui saya tidak berapa sihat kerana menghidap penyakit tulang rapuh. Tetapi sepanjang masa, saya sentiasa teringatkan kampung dan keluarga.
''Saya mendapat sokongan moral yang kuat daripada keluarga di sini dan mereka mengirim wang RM300 setiap bulan sebagai belanja untuk membeli makanan,'' jelasnya.
Siti Aishah berkata, ketika ditahan dia tidak menyangka beg yang diberikan kepadanya itu oleh dua ejen lelaki berkulit hitam dan perempuan untuk mengisi pakaian mempunyai dadah.
''Saya melihat di dalamnya tidak ada apa-apa tetapi apabila pihak imigresen di sana membuka beg itu pada bahagian bawahnya disembunyikan dadah.
''Harapan saya selepas ini, masyarakat mengambil iktibar atas apa yang berlaku ke atas diri saya dan tidak mudah percaya terhadap sebarang promosi untuk ke luar negara," ujarnya

Thursday, April 2, 2009

Khairy, Khir dan Mukhriz bersatu dalam barisan perjuangan


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyanjung tinggi sokongan dua bekas pesaingnya, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir demi perjuangan pergerakan itu dan UMNO.

Malah, beliau menyifatkan kesediaan Mohamad Khir dan Mukhriz memberi sokongan melambangkan kematangan dan kebijaksanaan mereka kerana sanggup mengetepikan kepentingan peribadi

Katanya, sokongan itu sangat diperlukan bagi membolehkan usaha pengukuhan Pemuda dilakukan dengan segera selepas wujud pertandingan tiga penjuru dalam pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO baru-baru ini.

“Saya begitu menghargai dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dato' Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang telah menyahut seruan penyatuan dan memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan saya dalam Pergerakan Pemuda UMNO.
Penyatuan semua ahli Pemuda UMNO amatlah penting apatah lagi pada masa kita menghadapi tiga pilihanraya kecil, sebaik selepas berlangsungnya Persidangan UMNO dan proses pemilihan parti.

Kepada semua ahli Pemuda UMNO, marilah kita bersatu hati dan bekerja bersungguh-sungguh dalam satu barisan bersama ahli-ahli komponen parti yang lain di bawah Barisan Nasional dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai dengan semangat yang berani untuk membawa perubahan di atas landasan setiakawan untuk rakyat, dari rakyat dan demi rakyat."

Khairy berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Mohamad Khir memberi sokongan kepada beliau selagi Ahli Parlimen Rembau itu tidak melencong dan berjuang di jalan agama, bangsa dan negara.

Sebelum ini, Mukhriz turut menyatakan beliau akan terus komited dalam perjuangannya bersama Pemuda UMNO dan menyokong Khairy.
Tambah Mukhriz, beliau juga akan memberi cadangan ke arah penambahbaikan Pemuda jika diminta berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, sokongan terbuka oleh Mohamad Khir dan Mukhriz itu sebagai isyarat kepada akar umbi agar memberi peluang kepada beliau membuktikan kemampuannya.