Wednesday, April 8, 2009

BN pertahan kubu di Batang Air , kalah di 2 Bukit ..

Melihat kepada keputusan PRK di ketiga-tiga ,kesimpulan yang dapat dilakukan ialah keputusannya tetap sama seperti PRU 12 . BN pertahankan Batang Air dan Pakatan pertahankan tempat mereka menang dahulu .Pengundi yang mengundi parti tersebut pada PRU 12 masih lagi mengundi kepada parti itu dalam pilihanraya kecil ini .

Cuma perubahan sedikit sahaja iaitu semua kawasan bertanding jumlah majoriti meningkat walaupuan hanya sedikit .Jumlah Undi untuk BN juga meningkat berbanding PRU 12 dahulu di kesemua kawasan dan paling banyak ialah DUN Batang Air.

Saya bersetuju dengan Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa keputusan Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau ini tidak boleh digunakan untuk menilai prestasi DS Najib Tun Razak dan barisan saf baru kepimpinan UMNO sebab DS Najib hanya baru beberapa hari memegang jawatan Perdana Menteri dan Presisden UMNO .

Ada hikmah disebalik kekalahan ini tetapi sebenarnya kita tidak kalah pun dan kita masih mampu mempertahankan Dun Batang Air.Perjuangan kita belum selesai kerana terdapat banyak ranjau dan halangan menanti. Jika kita berani dan tidak gentar serta tak putus asa ,akhirnya kejayaan akan dapat kita perolehi Insyallah akan ada lagi pilihanraya kecil bakal menanti !!Salam perjuangan ..

Analisis dari Agenda Daily


Undi Cina tidak memihak BNBarisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya mengalahkan Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti 1,854 undi.Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan BN merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak kesampaian. BN tewas di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi dan Bukit Selambau pula dengan 2,403 undi.

Berdasarkan kepada pecahan undi yang diperolehi BN di Bukit Gantang, undi yang diperolehi oleh calon BN, Ismail Saffian bertambah sebanyak 622. Manakala undi calon PAS yang diwakili oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin meningkat kepada 1,845.Pertambahan undi dan majoriti di Bukit Gantang itu disumbang oleh peningkatan hampir 3% atau 1,327 pengundi yang keluar mengundi.

Pada pilihan raya kecil kali ini 75.1 peratus atau 41,626 orang daripada 55,462 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka berbanding 72.65% atau 40,299 pengundi.Daripada pertambahan undi tersebut, BN memperolehi tambahan undi sebanyak sekitar 60 undi dari DUN Kuala Sepetang yang majoriti pengundinya kaum Cina berbanding undi yang diperolehi pada pilihan raya umum Mac 2008, DUN Changkat Jering dan DUN Trong pula menyumbang pertambahan lebih 500 undi.

Kemampuan calon BN menambah undi di DUN Changkat Jering mempunyai makna tersendiri kerana ia tidak mencerminkan bantahan rakyat kepada keputusan ADUN kawasan berkenaan Kapten (B) Osman Jailu yang meningggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

Manakala PAS pula selain turut mendapat pertambahan undi daripada kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu DUN Changkat Jering dan Trong sekitar 800 undi, pertambahan paling ketara diperolehi PAS ialah daripada DUN Kuala Sepetang, di mana pengundinya majoriti kaum Cina iaitu kira-kira 1,000 undi.Berdasarkan senario tersebut, isu BN menumbangkan ‘kerajaan Cina’ di Perak memang menjadi faktor menyebabkan mereka memberikan undi kepdaa PAS sebagai tanda protes kepada peralihan kerajaan negeri daripada kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS kepada BN.

Mengulas mengenai faktor pengundi Cina tidak memilih BN, Timbalan Presiden UMNO pada siding medianya Selasa malam memberitahu, BN akan menubuhkan pasukan bebas bagi membuat ‘bedah siasat’ terhadap keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang secara menyeluruh.

Manakala Nizar pula dalam reaksinya menyifatkan keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang itu sebagai pengktirafan kepada kerajaan campuran pembangkang sebelum ini . Sementara itu bagi DUN Bukit Selambau, PKR menang dengan majoriti 2,403 undi. Calon parti itu memperolehi 12,263 undi berbanding Datuk S.Ganisan yang dapat 10,229 undi. Kesemua 13 calon Bebas yang turut bertanding memperolehi 1,326 undi dan hilang deposit

No comments: