Tuesday, December 30, 2008

4,000 anggota NGO serah memorandum


PULAU PINANG 29 Dis. - Kira-kira 4,000 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di padang Polo di sini sebelum bergerak ke kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Jalan Utama di sini untuk menyerahkan memorandum berhubung pelbagai isu orang Melayu.
Mereka yang menganggotai 20 NGO di bawah Yayasan Aminul Ummah Malaysia itu mulai berkumpul di padang tersebut sejak pukul 8 pagi sempena sambutan Maal Hijrah.
Presidennya, Md. Radzi Daud berkata, perhimpunan itu diadakan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan beberapa pihak termasuk pemimpin politik, menyentuh isu perkauman yang sensitif dan mempersoalkan hak orang Melayu serta ketuanan Melayu.
Menurutnya, hak-hak keistimewaan orang Melayu tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia telah termaktub di bawah Perlembagaan negara.
''Dalam keadaan politik sekarang, isu-isu berkaitan perkauman tidak seharusnya dibangkitkan kerana dikhuatiri boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara.
''Tidak dinafikan semua kaum di negara ini mempunyai hak-hak asas sebagai warganegara cuma orang Melayu ada hak keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan. Ia tidak perlu disensasikan.
''Kita mohon kepada mereka yang masih lagi tidak faham mengenai hak-hak itu, cuba fahamlah supaya rakyat berbilang kaum di negara ini saling hormat menghormati dan dapat hidup dengan aman dan harmoni,'' katanya di sini hari ini.
Memorandum tersebut menyentuh empat perkara iaitu mempertahankan kesucian agama Islam, kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu dan mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mengulas lanjut, beliau berkata, perhimpunan hari ini diadakan selepas beberapa NGO Melayu berasa kurang senang dengan kenyataan menyentuh sensitiviti kaum oleh pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam dan pemimpin parti politik sejak akhir-akhir ini.
''Kenyataan tidak bertanggungjawab yang mempertikaikan hak orang Melayu serta mempersoalkan ketuanan Melayu tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum.
''Kita berharap perkara-perkara tersebut tidak lagi disentuh,'' ujarnya.
Ditanya pendiriannya mengenai ISA, beliau berkata, ia masih relevan dan perlu dikekalkan.
Bagaimanapun, katanya, ISA perlu digunakan dengan penuh berhati-hati dan bijaksana selain tepat pada waktunya serta tidak disalahgunakan mana-mana pihak.

Saturday, December 27, 2008

MP Kapar keluar dari PKR !!


Permulaan tahun baru 2009 - hanya sembilan bulan selepas pilihan raya umum 8 Mac, bakal disambut dengan 'gegaran' dengan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dipercayai sudah hampir pasti keluar parti itu.
Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sejak beberapa hari lalu menyatakan hasrat keluar PKR jika itu yang sesetengah pihak mahukan, berkata, "kali ini saya serius untuk mengambil tindakan keras."
Beliau dijadual mengumumkan pendiriannya secara rasmi sebelum Rabu ini."Saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya tidak bergurau, saya memang serius, saya memang serius kali ini."Keputusan ini memang satu tindakan yang keras... ia akan menjadi hadiah tahun baru kepada parti," kata Manikavasagam ketika ditemui mStar Online di sini.
Manikavasagam, 43, juga merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan salah seorang daripada tiga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor.Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu memenangi kerusi Parlimen Kapar pada 8 Mac lalu menewaskan penyandangnya, yang juga Ketua Wanita MIC, Komala Devi Perumal dengan majoriti 12,297 undi
Pastinya berita ini memberi tamparan hebat untuk Anwar ,PKR, dan Pakatan Rakyat sendiri .Pergolakan dan tiada kerjasama dalam parti dan Pakatan mereka sendiri menunjukkan tiada lagi jalan penyelesaian dan hanya KELUAR PARTI langkah terbaik untuk Manikasagam survive dan membela rakyat di dalam kawasan Kapar.

Wednesday, December 24, 2008

Malaysiakini: Pakatan pembangkang retak menanti belah - Khairy


KOTA BHARU 21 Dis. - Pakatan pembangkang yang menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lalu, disifatkan sebagai retak menanti belah ekoran pertentangan dasar parti-parti terbabit semakin jelas dalam pentadbiran.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, percanggahan ideologi antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu-isu utama kini sudah begitu ketara dan semakin sukar dibendung.
Menurutnya, dalam soal pokok seperti Islam, kontrak sosial dan bumiputera yang termasuk dalam Perlembagaan pun masih ada percanggahan pemikiran dalam PKR, Pas dan DAP.
"Pakatan pembangkang masih belum diuji sepenuhnya, namun saya sifatkan pakatan itu sebagai retak menanti belah," katanya pada Wacana Transformasi Politik Malaysia di Balai Islam Lundang di sini malam tadi.
Selain Khairy, turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang juga Exco kerajaan Pas Kelantan dan Pensyarah Fakulti Undang- Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari.
Ia dipengerusikan oleh pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff serta dihadiri lebih 3,000 orang.
Majlis itu dianjurkan oleh Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan perubahan politik negara dan isu-isu semasa.
Khairy berkata, pakatan pembangkang perlu diberi peluang untuk melaksanakan dasar-dasar mereka di lima negeri yang diperintah dan terpulang kepada rakyat untuk menilainya.
"Kita beri peluang kepada pakatan pembangkang untuk melaksanakan dasar mereka. Walaupun dalam Parlimen kita selalu berbalah, kita boleh melihat apa yang berlaku hari ini," katanya.
Katanya, usaha reformasi di negara ini tidak perlu dibebankan kepada BN sahaja dan ia perlu dilakukan oleh pembangkang.
Sebagai contoh ujarnya, untuk memerangi rasuah di negara ini, ia memerlukan iltizam politik daripada kedua-dua pakatan pembangkang dan kerajaan BN.
"Jangan salahkan BN sahaja, pakatan pembangkang pun perlu ada iltizam politik. Dulu semasa menang pilihan raya semua Exco dan Menteri Besar negeri pakatan pembangkang janji mahu isytihar harta tapi sampai hari ini tidak tunaikan janji itu.
"Begitu juga ketika Menteri Besar atau menteri daripada BN dituduh rasuah, mereka diminta bercuti untuk membersihkan nama kerana kita hendak tunjukkan UMNO mengamalkan ketelusan," ujarnya.
Di Perak ujar beliau, tindakan kerajaan campuran negeri itu mengekalkan tugas dua Exco Perak yang dituduh rasuah, menjadi persoalan di kalangan rakyat.
Katanya, dalam menggerakkan transformasi politik Malaysia ke arah yang lebih baik demi kepentingan rakyat, beliau menekankan perlunya muzakarah di antara UMNO dan Pas diteruskan.
"Mari kita tumpu soal apa yang boleh diperjuangkan bersama seperti bahasa, agama, kontrak sosial dan bumiputera termasuk isu sensitif seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Sunday, December 21, 2008

Malaysiakini - Khairy Jamaluddin vs Husam Musa – Bermulanya Satu Pembaharuan Berani




Ketibaan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Balai Islam, Kota Bharu jam 9 malam tadi disambut dengan gema laungan "takbir" oleh hampir dua ribu penyokong PAS. Dewan ini dibanjiri oleh manusia setelah selesai solat Isya' dan bagi memastikan ribuan hadirin diluar dapat melihat aksi wacana ini, beberapa skrin ditempatkan di beberapa tempat strategik di sekeliling dewan.
Di dalam suasana yang begitu hangat di kubu kuat PAS ini, sebuah wacana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia" telah selamat dilansungkan. Setelah YB Dato Husam Musa menyampaikan hujah beliau yang banyak berkisar kepada pemimpin yang berteraskan taqwa, adil dan rahmah, beliau menghuraikan falsah 5 P iaitu; Prinsip, Polisi, Perancangan, Personality dan Parti Politik. Di dalam hujahnya beliau telah banyak membidas kepimpinan Barisan Nasional, terutamanya UMNO.
Apabila tiba giliran Khairy untuk memulakan hujahnya Khairy telah menyentuh isu kontrak sosial dan bagaimana prinsip pemerintahan BN yang jujur dan bertunjangkan amanah. kejujuran. keadilan dan kesaksamaan dalam kepimpinan.
khairy juga telah mengambil kesempatan untuk mengiktiraf forum ini sebagai satu tanda kematangan politik yang baru; sesuai dengan transformasi politik, dimana dengan adanya ruang demokrasi politik, beliau berkesempatan untuk hadir sebagai seorang panelis di dalam wacana yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri PAS.
Khairy tidak menafikan terdapat impak dalam corak politik tanahair. Namun yang demikian, Khairy beranggapan bahawa tsunami politik 8 Mac itu juga memberi kesan kepada PAS. Jika dahulu Presiden PAS merupakan Ketua pembangkang , tapi sekarang PAS wujud di Dewan Rakyat wujud sebagai junior partner dibawah Ketua Pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat.
Dalam mengulas tuduhan Dato Husam Musa atas keangkuhan politik yang ditunjukkan oleh Barisan Nasional, Khairy menyentuh tentang keangkuhan politik yang dipamerkan oleh Ketua Pembangkang Dato' Sri Anwar Ibrahim dalam menjanjikan pertukaran Kerajaan Pusat pada tanggal 16 September 2008. Tarikh ini merupakan satu janji yang tidak dapat dikotakan
Khairy menyemarkkan sokongan kumpulan kecil Pemuda UMNO yang turut hadir apabila beliau menyatakan bahawa Pakatan Rakyat belum diuji. Tegas beliau, percanggahan ideologi yang cukup besar wujud dalam Pakatan Rakyat sekarang. Begitu banyak isu yang menemui kebuntuan termasuk soal islam, kontrak sosial, hak orang Melayu, Bumiputera, Negara Islam dan lain-lain. Bak kata pepatah, bagai retak menanti belah.
Khairy juga mengundang para hadirin untuk menyelami realiti transformasi politik. Beliau mengajukan persoalan samaada hakikat 8 Mac itu disebabkan undi rakyat (undi positif) atau undi protes. Jika undi protes bermakna ia bukan transformasi politik. Dalam mengakui kemungkinan di negeri Kelantan, undi yang diberikan oleh PAS undi positif, di negeri lain keputusan ini mungkin disebabkan oleh undi protes. Beliau menyatakan keyakinan bahawa pada tahun 2013, insya – Allah BN akan kembali di tampuk pemerintahan.
Beliau juga menggariskan permulaan Reformasi dasar Barisan Nasional seperti penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah, Suruhanjaya Kehakiman dan pemindaan AUKU sebagai langkah permulaan positif yang dapat menguntungkan rakyat.
Di dalam sesi moderator pula Khairy menjawab beberapa tomahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada parti UMNO oleh Dato Husam Musa dan Professor Aziz Bari. Laporan politik wang yang begitu banyak di dalam musim pemilihan ini menunjukkan bahawa pemimpin UMNO serius dalam memastikan perubahan di dalam UMNO.
Beliau juga membidas sikap tidak adil dalam pemerintahan yang ditunjukkan oleh sesetengah negeri di bawah Pakatan Rakyat. Ulas beliau, ketika Menteri dan Menteri Besar UMNO diheret kedalam makhamah, mereka diminta berehat dan tumpu kepada usaha untuk mebela nama mereka, namun dua ahli EXCO negeri Perak dibenarkan untuk meneruskan tugas mereka walaupun dibelenggu dengan tuduhan yang begitu serius. Khairy juga menyentuh tentang laporan pertelingkahan di dalam PAS; dimana kumpulan Pro Anwar dan PAS tulen dilihat bertembung.
Khairy juga telah menyarakan kepentingan untuk UMNO dan PAS berdialog dan berbahas
mengenai beberapa isu penting seperti perlembagaan, bahasa, agama, ISA, dan sebagainya demi kepentingan kaum. Beliau memberi contoh persetujuan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayub untuk mengadakan sesi untuk membincangkan ISA sebagai satu permulaan sesi dialog demi kepentingan bersama ini.
Dalam wacana ini, apa yang amat mendukacitakan ialah profesionalisme panelis ketiga, Profesor Aziz Bari dari UIA menjadi tajuk perbincangan di akalangan para hadirin. Sebagai wakil golongn akademik, beliau seharusnya memberi hujah berdasarkan statisitik dan kajian dan bukannya memberi ceramah politik yang berat kepada satu pihak.
Dato Husam Musa pula tidak menunjukkan kematangan yang layak bagi kepimpinan tertinggi PAS apabila beliau tidak menjawab soalan samaada dari moderator mahupun para hadirin dan sebaliknya lebih tertumpu kepada serangan peribadi, politik dalaman UMNO dan politik PAS. Apa yang memeranjatkan para hadirin ialah apabila Dato Husam "melenting" dan mengajak kumpulan kecil Pemuda UMNO untuk berdebat dengan beliau apabila mereka meminta jawapan kepada persoalan yang telah diajukan.
Sidang akhbar yang dihadiri oleh Khairy Jamaluddin dan Dato Husam Musa jelas menunjukkan ketegangan dan tekanan yang dirasai oleh Dato' Husam.
Kesimpulannya, ramai yang berpendapat kemenangan politik malam ini terletak pada bahu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini kerana bukan sahaja beliau telah mengambil risiko yang begitu tinggi di dalam jangkamasa pemilihan UMNO ini untuk beradu tenaga dengan Naib Presiden PAS di kubu kuat PAS, malah beliau telah berjaya menangkis forum yang berat sebelah disebabkan oleh hujah Profesor Aziz yang berbau politik pembangkang.
Apa yang penting, wacana ini telah membuka ruangan demokrasi politik baru untuk generasi muda sekaligus memberi harapan baru untuk politik di Malaysia. Inilah pembaharuan berani yang menjangkau ungkapan, kata-kata dan slogan semata-mata.

Monday, December 15, 2008

Suami rayu bantuan bebaskan isteri ditahan di Pakistan


PULAU PINANG 14 Dis. - "Tolonglah selamatkan isteri saya, saya merayu kepada semua bantulah kami. Saya benar-benar tidak tahu apa yang patut dibuat lagi," rintih Jaafar Noor, 43, suami kepada wanita kurang upaya, Siti Aishah Hamid (gambar kecil) yang kini meringkuk di sebuah penjara di Pakistan akibat diperdayakan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Menurut pengawal keselamatan itu, semenjak isterinya ditahan kira-kira lapan bulan lalu, dia telah berjumpa pelbagai pihak untuk mengadu masalah yang dihadapinya itu dan rata-rata menjanjikan pertolongan.
Namun, kata Jaafar, semua itu hanya 'sekadar janji' dan usaha untuk membebaskan isterinya masih menemui jalan buntu memandangkan wang sumbangan tabung yang dilancarkan sebelum ini hanya RM40 diterimanya.
"Semenjak dia (isteri) ditahan 27 April lalu, hanya panggilan telefon daripadanya sahajalah jadi penghubung kami. Dia memberitahu dia sihat cuma makanan di sana tidak kena dengan tekaknya dan semenjak hari itu saya memasukkan RM300 sebulan untuknya bagi membeli makanan.
"Walaupun, dia memberitahu dia sihat, itu hanya daripada suaranya. Selagi tidak melihat dengan mata sendiri saya tetap bimbang dan akan cuba berusaha sedaya upaya supaya dapat berjumpa dengannya secepat mungkin," jelasnya.
Jaafar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pelancaran tabung bagi membantunya oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bayan Baru dan Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Dewan Kampung Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini hari ini.
Pada majlis itu, Ketua Pemuda UMNO Bayan Baru, Norman Zahalan menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada Jaafar melalui tabung tersebut.
Siti Aishah, 43, dikatakan terpedaya dengan taktik terbaru sindiket terbabit yang menawarkan hadiah berupa pakej melancong ke Singapura menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 7 April lalu.
Kali terakhir mangsa menghubungi Jaafar adalah ketika tiba di Singapura pada pagi 10 April.
Selepas itu pada 27 April lalu pula, dia menerima satu panggilan dari pegawai Konsulat Malaysia di Karachi, Gaafri Khalid Abdul Rahman yang memaklumkan isterinya ditahan di penjara kerana cuba membawa keluar dadah jenis heroin seberat 950 gram dari Pakistan ke Malaysia.
Siti Aishah yang menghidap penyakit tulang rapuh, SLE merupakan OKU kedua menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa, dengan seorang lagi kini meringkuk di sebuah penjara di Peru.
Sementara itu, Norman berkata, pihaknya amat berharap pelbagai pihak sudi menghulurkan bantuan kepada Jaafar supaya dia dapat berjumpa dengan isterinya di Pakistan.
"Selain itu, wang itu juga akan digunakan untuk mendapatkan peguam bagi mewakili Siti Aishah di sana kerana sistem perundangan negara itu tidak membenarkan peguam luar mewakili tertuduh yang ditahan.
"Kita juga akan membantu Jaafar untuk berbincang dengan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan pihak berkuasa kerajaan Pakistan supaya satu jalan penyelesaian dapat dicapai,'' katanya.
Menurut beliau, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Jaafar boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Bank Islam 07034010006312 atas nama Pergerakan Pemuda UMNO Bayan Baru.
Kata Norman, orang ramai boleh menghubungi beliau di talian 016-3334411 atau Setiausaha Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhd. Khairun Aseh di talian 013-3459988 bagi maklumat lanjut.

Friday, December 12, 2008

Pemuda Untuk Pemuda


Well itulah dianya peranan Pemuda UMNO, bahawa ia mewakili sayap golongan muda parti, memimpini Pemuda BN, serta representatif kepada seluruh golongan Malaysia.
Maka amat pentinglah bagi pemimpin Pemuda UMNO itu sezaman dan segenerasi dengan golongan atau segmen yang diwakili dan dipimpininya agar dapat ia, bukan sahaja, mendengar dan memahami, tetapi juga menjiwai, cita rasa, aspirasi, masalah, keperluan, perspektif, isu-isu serta idealisme orang muda.
Ada yang kata muda itu dari segi minda dan jiwanya di mana kalau minda dan jiwanya muda – maka mudalah ia. Ya, kita akui ada yang begitu, hatta ada yang sudah beruban penuh tapi masih berseluar jeans ketat. Namun hakikatnya, dan tidak dapat tidak, muda itu masih diukur relevansinya dari segi umur kerana umur itu menjadi masih proksi dan ukuran kepada mudanya seseorang itu.
Dalam konteks ini dan dalam persaingan Pemuda UMNO kali ini, hanya Khairy seorang sahaja yang layak bergelar sebagai pemimpin muda kerana umurnya 32 tahun dan masih relevan dalam konteks umur Pemuda UMNO yang diwartakan dalam lingkup 18 hingga 40 tahun, berbanding calon-calon lain yang berumur 44 tahun [Mukhriz] dan 43 tahun [Khir].
Memang diakui bahawa pengecualian umur diberi kepada Pemimpin Pemuda UMNO tetapi kita kena ambil maklum kepentingan umur yang seangkatan dengan golongan yang dipimpin agar tiada generational gap dan adultism dalam kepimpinan Pemuda yang menjurangkan lagi Pemimpin dan golongan yang dipimpinnya. Bak kata orang, orang muda ni pilihan warna dan cutting baju pun berbeza dengan orang tua.
Sebagai contoh kecil, dalam budaya Pemuda UMNO, perbualan lebih kepada rujukan “bro-bro” dan “ kau-aku”, kalau ada generational gap yang tinggi, pemuda di cawangan dan bahagian pun payah nak berbual dan bersama pemimpin mereka – nanti diselar kurang adap pula.
Juga, kita pun kena ambil maklum hasrat, falsafah dan maksud mengapa Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 menghadkan umur keahlian dan kepimpinan persatuan belia
kepada umur 40 tahun.
Dalam hal ini, mari kita lihat kepada purata umur barisan kepimpinan Pemuda UMNO bahagian [Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda] serta perwakilan G2 yang bakal mengundi pada bulan Mac 2009 nanti.
[Sampel ini sangat representatif kerana mengambil jumlah sampel [or n of the population] seramai 578 daripada 797 perwakilan Pemuda atau 73 peratus daripada jumlah populasi. Begitu juga bagi KP yang meakili 79 peratus daripada jumlah KP seluruh Malaysia, sampel NKP setinggi 76 peratus dan sampel perwakilan G2 pula merangkumi 75 peratus.]
Daripada analisa purata umur itu tadi, kita dapati purata umur seluruh perwakilan, (merangkumi KP, NKP dan G2), adalah 36 tahun, purata bagi KP adalah 37 tahun, purata NKP pula 36 tahun dan bagi G2 pada 35 tahun.
Ini semua menunjukkan jurang umur atau generational gap yang ada sekiranya mereka yang terpilih sebagai Ketua Pemuda kelak adalah bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas.
Peda hemat saya, zaman Khir di Pemuda sudah berlalu dan beliau pun sudah meninggalkan Pemuda sebelum ini – zaman dan cabarannya yang lebih relevan adalah bagi jawatan Naib Presiden atau MKT. Itulah tahap dan piawai bagi beliau sebagai seorang pemimpin veteran dan berumur. Disamping itu, beliau juga tidak dilihat sebagai pemimpin yang mewakili golongan muda didalam dan apatah lagi di luar UMNO, disamping persepsi negatif terhadap tindakan oppresif kepada golongan minoriti India dengan perobohan kuil yang antara lain membawa kepada tawar hati dan tentangan masyarakat India kepada BN.
Manakala bagi Mukhriz pula, tiada sumbangan besar dalam peranan yang dimainkannya sebagai EXCO Pemuda, malah beliau seangkatan dan sezaman dengan Khir. Dan nawaitu perjuangannya pun hanya sekadar nak perubahan kepimpinan UMNO yang sememangnya sudah termaktub. Beliau juga tidak dilihat sebagai pemimpin berkarisma, intelek dan bertenaga bagi membawa isu-isu Pemuda, apatah lagi kepada seluruh golongan muda Malaysia. Pandangan silo beliau terhadap perbincangan polisi nasional juga tampak tertutup dan terhad sekali dengan ketidakterbukaannya terhadap Suruhanjaya Kehakiman, yang begitu disokong oleh golongan muda, serta ceteknya perkiraan beliau tentang isu sekolah vernacular yang terperlihara dalam Perlembagaan.
Sehubungan dengan itu, kita harap para Perwakilan dapat menilai dan menilik pemimpin mana yang molek dan representatif bagi mereka, DAN JANGAN DILUPA – kepimpinan yang relevan kepada golongan muda Malaysia. Ini kerana, Pemuda UMNO ada lebih kirang seramai 700 ribu tetapi dalam PRU13 nanti dijangka terdapat seramai 7.3 juta pengundi muda. Bagi BN yang mengalami kejatuhan undi popular dari setinggi 90.4 peratus pada 2004 ke 50.6 peratus pada 2008, pastinya sokongan pengundi muda bagi saluran peti undi 3, 4 dan ke atas menjadi kunci kemenangan mana-mana parti politik yang bertanding.
Jadinya, kepada seluruh perwakilan – pilihlah calon pemimpin yang relevan dan pilihlag pemimpin untuk MASA DEPAN kita bersama.

Friday, December 5, 2008

MUTIARA PERJUANGAN

BISMILLAHHIRRAHMANIROHIM
ASSALAMMUALAIKUM...WBT..
selamat bersidang saya ucapkan kepada perwakilan yang hadir pada persidangan perwakilan pergerakan pemuda umno 2008 pada hari ini.
Ekoran perjuangan parti keramat ini telah bertahun lamanya menjadi inspirasi terhadap kita semua menerima wadah perjuangan dengan hati yang rela.
Tidak mengira waktu dan juga masa,perjuangan ini diteruskan biarpun pahit manis yang dirasai demi semangat yang berkorban melahirkan pejuang-pejuang bangsa kita
Iktibar pilihanraya yang lepas merupakan suatu peringatan yang harus kita kembali keperjuangan asal parti ini dan memantapkan lagi barisan benteng pemuda kita yang telah terbukti UMNO dicabar hebat didalam percaturan pemerintahan negara kita ini
Akan kita harungi permasalahan ini bersama pergerakan pemuda bagi memertabatkan kembali hasil murni semangat juang pejuang kita yang terdahulu bersama kalimah tauhid pegangan kita.
Kemanakah halatuju kita yang kita sanjungi selama ini dan adakah wajar kita biarkan ditelan arus perubahan zaman
Andaikata bumi dipijak dan langit yang kita junjung ini menjadi porak peranda dek pengkhianat bangsa,mengucarkacirkan pemerintahan Negara kita ini tak akan kita permudahkan urusan mereka
Walaupun terpaksa mengharungi lautan yang luas akan saya pertahankan demi maruah ISLAM,MELAYU dan NEGARA dari serangan yang lepas menjadi iktibar dan titik sentuh menambah keupayaan menentang musuh kita
Apalah ada pada perjuangan jika kita asyik berbalah sesama kita,kekuatan mental dan fizikal harus diketengahkan untuk berdepan dengan onak dan duri yang dihadapan perjuangan kita
Namun begitu para perwakilan sekelian'Membujur Layu Melintang Patah' dan demi perjuangan ini 'Kalau Roboh Kota Melaka Papan Dijawa Hamba Dirikan'
akhir kalam selamat bersidang bersama semangat ini...........
Nukilan.....
NORMAN ZAHALAN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN BAYAN BARU PULAU PINANG

Tuesday, December 2, 2008

APABILA WARGANEGARA LUPA SEJARAH BINA NEGARA BANGSA


CUKUP BANGGA DAN ANGKUH PEMIMPIN DAP MELIHAT BAHASA MELAYU DIKESAMPINGKAN DI PULAU PINANG.JIKA PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM MATAPELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DITENTANG HEBAT OLEH PAS, MENGAPA DALAM HAL INI PAS BERDIAM?INILAH BUKTI JELAS PAS SEBAGAI SEEKOR LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG OLEH USTAZ LIM AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR .....

Thursday, November 27, 2008

Selamat Hari Jadi Pak Lah’





Thursday, November 27, 2008

Seluruh warga PEMUDA BAYAN BARU dan rakan-rakan blogges setiakawan mengucapkan Selamat Hari Jadi Pak Lah , Semoga panjang umur dan murah rezeki, teruskan perjuangan! Kami akan terus bersama Pak Lah…

PAGI semalam di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, kakitangan dan para pegawai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memotong kek dalam satu majlis kecil meraikan hari jadi ke-69 pemimpin nombor satu negara itu.
Ia disusuli dengan satu majlis doa selamat malam tadi di Seri Perdana dengan disertai isteri tercinta, Datin Seri Jeanne Abdullah, keluarga terdekat dan kenalan rapat.
“Sepanjang bekerja dengan Pak Lah, sambutan hari jadi beliau tidak pernah diuar-uarkan. Kalau ada sambutan pun, ia tidak melibatkan kami sebaliknya dibuat secara sederhana dengan satu majlis doa selamat dihadiri keluarga terdekat serta dua tiga orang kenalannya,” kata seorang pegawai beliau kepada Utusan Malaysia semalam.
Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Abdullah yang dilahirkan hasil perkongsian hidup Ahmad Badawi dan Kailan Hassan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939.
Tidak seperti negara tertentu yang sambutan ulang tahun pemimpinnya diadakan secara terbuka atau besar-besaran, hari jadi pemimpin di negara ini kadangkala ‘terlepas’ daripada fokus umum.
Tiada iklan tahniah atau kesyukuran di akhbar-akhbar atau sambutan majlis terpampang di kaca televisyen. Kalau adapun secara kebetulan sahaja apabila majlis tersebut dibuat secara mengejut tanpa pengetahuan empunya diri.
Barangkali bagi Abdullah, hari jadi beliau sudah cukup diraikan oleh keluarga terdekat. Apa yang diharapkan beliau sempena hari jadinya mungkin hanya mahu melihat Malaysia yang didiami rakyat dari pelbagai kaum terus hidup aman dan harmoni.
Dalam perutusan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 tempoh hari, Abdullah percaya hanya dengan mengetepikan prejudis yang ada mampu merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju yang menjanjikan kehidupan dan masa depan gemilang kepada rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.
Di sebalik iklim politik negara-negara tetangga yang tidak keruan, beliau yakin rakyat yang bersatu padu adalah benteng pertahanan negara yang kukuh bagi menghadapi sebarang ancaman baik dari dalam mahupun dari luar negara.
“Tidak ada warga yang diiktiraf lebih tinggi kedudukannya daripada warga yang lain di tanah air ini.
“Negara ini adalah milik bersama. Jatuh bangun dan maju mundur negara ini, kita bersama yang menentukannya,” kata beliau.
Bagi UMNO pula seperti amanat yang diluahkan oleh beliau pada ulang tahun kelahiran parti itu ke-62 Mei lepas, Abdullah mahu ahli UMNO jangan patah hati dan pecahkan parti di sebalik kemerosotan sokongan yang dilalui Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti itu.
Bagi mengembalikan keyakinan penuh rakyat, kata beliau, ia perlu datang daripada dalam parti sendiri dan bukannya orang lain kerana jika pemimpin UMNO sendiri mendapat sokongan padu daripada anggotanya, rakyat pasti memberi sokongan.
Barangkali itulah impian Abdullah di sebalik kesihatannya yang terus dirahmati oleh-Nya dalam menginjak usia ke-69 tahun semalam.

Monday, November 24, 2008

Hala tuju Pemuda UMNO akan datang di bawah KJ


Tajuk ini cukup menarik kerana ia berkait rapat dengan visi dan kepimpinan baru pada Pemuda UMNO. Dengan semua calon telah melepasi 39 pencalonan ,masing-masing yakin mempunyai kelebihan masing-masing termasuk YB KJ yang menjadi pilihan saya .
Saya cuma agak musykil kerana pada mulanya Muhkriz menganggap dirinya favourite setelah menjadi calon pertama melepasi pencalonan tetapi kini beliau menganggap dirinya pulak underdog .Hal ini kerana pada minggu 3 dan ke 4 ,graf pencalonan muhkriz telah turun dan 90% pencalonan pergi kepada KJ dan KT. Adakah benar seperti yang Muhkriz cakap dalam The Star mengatakan bahawa di mendapat sokongan seluruh akar umbi.
Di sini saya sertakan soal jawab kepada YB KJ oleh Wawancara Sinar Harian pada 12 Nov 2008 yang menarik dan beliau berjaya mengemukakan visi dan misi untuk membawa Pemuda ke mana ?
SOAL : ADAKAH ANAK DAN MENANTU INI MENJADI FAKTOR PENCALONAN KALI INI ?
KJ: Saya tidak pasti apakah menjadi menantu PM ada kelebihan dalam meraih pencalonan.Saya sendiri tidak suka dikaitkan dengan mertua. Dia orang kata sebab saya menantu PM,orang calonkan saya. Boleh jadi betulnya.Saya tidak salahkan orang yang ada anggapan demikian. Tetapi ,ada baiknya juga Pak Lah akan melepaskan jawatan MAC depan. Orang yang calonkan saya sekarang sedar saya bukan menantu PM ketika pemilihan tahun depan .
Kalau tengok kepada peringkat permulaan ,saya tidak dapat banyak pencalonan.Tetapi sejak awal saya yakin dapat melepasi kuota,bukan kerana menantu PM,tetapi saya ada kekuatan sendiri. SAYA MAHU ORANG CALONKAN SAYA SEBAB KEKUATAN SAYA SENDIRI. Tetapi kalau ada persepsi bahawa saya dicalonkan sebab saya menantu PM ,saya tidak boleh buat apa.
Sebenarnya saya sudah lama dalam keadaan serba salah.Dia orang tuduh saya jadi BUDAK TINGKAT 4 ,ada kuasa yang cukup besar yang boleh menentukan semuanya. Ini satu tuduhan tidak adil. Bukan sahaja tidak adil pada saya tetapi tidak adil pada Pak lah juga.
SOAL: Sekiranya dilihat jumlah pencalonan,boleh dikatakan semua calon kuat.Sejauh mana pencalonan sekarang akan diterjemahkan dalam bentuk undi nanti pada Mac 2009 ?
KJ : Saya yakin saya dicalonkan kerana kekuatan dan keupayaan saya.Saya percaya bahagian -bahagian yang mencalonkan saya telah memahami saya. Mereka melihat apa yang saya telah lakukan semasa menjadi Naib Ketua Pemuda. Dia orang kata sepanjang menjadi Naib Ketua saya lebih menonjol daripada Ketua dan ada yang merasa tidak senang .Pada hal apa yang saya lakukan selama ini adalah benda-benda yang patut saya lakukan untuk Pemuda. Apakah dia orang lebih suka saya diam sahaja sepanjang menjawat tugas Naib.
Suara dan tindakan saya selama ini adalah atas rasa tangungjawab .Bagi saya orang yang diberi amanah menjawat satu-satu jawatan mesti melaksanakan amanah tersebut.Say telah buat apa yang patut saya lakukan . Walaubagaimanapun, masa masih panjang ,apa-apa pun boleh terjadi dari sekarang hingga Mac depan .Pencalonan telah dibuat,saya serahkan kepada kebijaksanaan perwakilan untuk membuat penentuan pada pemilihan nanti .Saya percaya mereka semua sudah matang.
SOAL: Sekiranya dipilih nanti menjadi Ketua,apakah yang akan dilakukan untuk memperbaiki parti khasnya Pemuda.Apakah visi dan misi ?
KJ : Selama menjadi Orang No 2 dalam Pemuda,saya bercampur dengan semua orang dari pemimpin hingga ke peringkat akar umbi.Menerusi lawatan-lawatan tersebut saya boleh buat kesimpulan bahawa semua mahukan perubahan dalam kepimpinan dan tindakan.Orang muda hari ini berbeza sangat dengan orang muda dulu. Saya memahami ini sebab saya masih muda dari segi usia.
Pada hemat saya apa yang terjadi pada Mac tahun depan bukan sahaja peralihan kepimpinan tetapi juga peralihan generasi . Kita harus melihat ke mana generasi ini 10 tahun akan datang ? Apa keperluan mereka , dan apa yang mereka boleh sumbangkan kepada negara ?
Sekiranya saya diberi peluang untuk memimpin Pemuda, saya akan merealisasikan apa sebenarnya yang dikehendaki oleh golongan muda. Saya tahu apa yang mereka kehendaki ,saya memahami apa inspirasi golongan ini.
Mereka ada idea yang baik ,tetapi mereka perlukan bimbingan .Mereka boleh memberi sumbangan besar kepada parti ,tetapi mereka perlu diberitahu apa yang patut dilakukan. Saya akan bersama mereka.
sumber :wawancara sinar harian
Pada hemat saya ,dengan pengunguman Pak lah tidak mempertahankan jawatan ,YB KJ akan masuk ke gelanggang tanpa bayangan PM. Beliau akan bertanding di atas kekuatan sendiri berlainan dengan muhkriz dengan pengaruh bapanya. Kepada perwakilan , masa depan Pemuda di tangan anda , pilih la calon yang boleh memimpin dan berkualiti seperti kata rakan saya Saudara blogger SUKJ .

Sunday, November 23, 2008

Khairy Jamaluddin :SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB



Mungkin kita tidak perasan dan mungkin juga kita tidak pernah mahu memikirkan tentang satu perkara yang ada kala sengaja kita mengapa ianya sebagai sesuatu yang remeh. Sebenarnya jika kita benar-benar meletakkan perkara ini sebagai satu perkara yang perlu kita nilaikan kembali, ianya sebenarnya adalah satu perkara yang serious yang wajar kita pertimbangkan sebagai waris anak bangsa Melayu yang kaya dengan adat dan budi bahasa.

Cuba kita kupas dan memikirkan apakah wajar kita berikan pertimbangan sebagai waris bangsa Melayu yang kaya dengan warisan nenek moyang kita yang kaya dengan budibahasa. Salah satu ciri budi bahasa yang diwarisi oleh bangsa Melayu adalah hormat kepada yang lebih dewasa. Itulah sebabnya kita memanggil orang yang lebih tua kepada kita sebagai Pak Cik, Mak Cik, Pak Long, Abang Long Kak Long , Abang Ngah dan sebagainya.

Dari kecil lagi kita diajar untuk menghormati yang lebih tua dari kita. Kita juga dididik untuk setia dan menghormati pemimpin. Orang dahulu sanggup mempertahankan pemimpin dan sanggup mati demi pemimpin dan negara, tentu kita masih ingat dengan pepatah, “Biar berputih mata jangan berputih tulang.”

Tidak pernah dalam sejarah UMNO berlaku , pemuda UMNO bersikap biadab dengan pemimpin tertinggi , tetapi hari ini telah berlaku di mana sikap ini berlaku apabila anak kepada Mantan Perdana Menteri bersikap biadab kepada Perdana Menteri. Bagi ramai ahli UMNO ini membayangkan dan mencerminkan sikap keluarga itu sendiri. Bapa borek anak pun rintik, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Apa saja yang tidak kita dengar tentang Tun mengutuk menantu Pak Lah dan apa saja yang tidak kita dengar anak Tun mengutuk bapa mentua Khairy Jamaluddin. Bukan sahaja menantu Pak Lah menjadi kutukan keluarga Tun , tetapi seluruh keluarga Pak Lah termasuklah anak perempuan Pak Lah , isteri kepada Khairy juga menjadi mangsa kutukan Tun dan anaknya Mukhriz.

Pernah kah kita dengar , Pak Lah mengutuk atau berbahasa yang agak kasar terhadap Mukhriz atau Tun , melainkan apabila Pak Lah tidak lagi menahan kesabaran apabila Tun terlalu banyak menyerang keluarganya. Pernahkah kita dengar menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin membuka mulut menghentam Mukhriz mahupun Tun ?

Ini tidak berlaku, kerana bagi Khairy Jamaluddin , itu bukan cara berpolitik , hentam menghentam keluarga dan peribadi adalah cara berpolitik yang tidak matang. Lambat laun rakyat juga akan terbuka minda mereka dan dapat menilai kan politik yang sebenar. Mukhriz terlalu lantang sehingga biadab kepada orang yang lebih tua darinya dan yang paling buruk adalah Mukhriz biadab kepada pemimpin tertinggi UMNO dan kepada Orang yang telah matang dan lebih lama berkecimpung dalam politik tanah air.Apabila di tanya kepada Khairy Jamalludin , mengapa beliau tidak pernah bersuara atau menangkis segala tohmahan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir kepada beliau, beliau hanya menjawab,

” Beginilah ..segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar. Tetapi saya memilih untuk diam sebab saya rasa tidak sesuai saya jawab kepada seorang Negarawan yang semua orang hormat. Saya rasa untuk menjawab yang Tun berpendapat sedemikian kalau perkara itu mempengaruhi pendapat orang ramai tidak apalah yang saya boleh buat,memang kod diri saya dan kod budaya kita tidak elok kita menjawab .

Kita kadang-kadang nak menjawab dengan fakta dan sebagainya ,tapi bekas PM..orang lama ..tak elok .SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB “
Betul lah apa yang dilakukan oleh Khairy, biar lah kita menjadi mangsa dari kita di cop sebagai biadab. Kita tidak akan dipanggil hero apabila kita biadab dan kurang ajar kepada yang lebih tua kepada kita. Kini Mukhriz telah di anggap sebagai biadab dan apabila Pak Lah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri , rakyat mula terasa, merasai , mula membuka mata dan nampak kebaiadaban anak kepada Tun Mahathir ini kepada pemimpin tertinggi UMNO ini.

Kita juga dapat melihat bagaimana , di akhir-akhir pencalonan , Mukhriz agak megah dan ke populariti beliau agak menurun dan kemungkinan Mukhriz tidak akan dapat mempertahankan ke populariti beliau untuk sampai ke garisan penamat. Jika dikira dengan pencalonan yang beliau dapat , Mukhriz bukan lah calon yang popular sangat kerana lebih dari setengah bahagian tidak mencalonkan beliau. Kita masih punya masa untuk memilih pemimpin yang terbaik, jangan sampai satu ketika nanti Tun sendiri akan mengumumkan sekali lagi bahawa anaknya bukanlah pilihan yang terbaik dan beliau sekali lagi telah melakukan kesilapan yang besar.

Kerajaan P. Pinang Angkuh, Tidak Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Rakyat Pulau Pinang diminta bertindak tegas membantah langkah kerajaan negeri itu yang berdegil dan mahu meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam bahasa lain selain bahasa Melayu.

Ketua II Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar berkata, sudah tiba masanya rakyat di negeri itu bersatu serta menunjukkan ‘kejantanan’ sebenar dalam isu tersebut.

‘‘Tindakan kerajaan Pulau Pinang disifatkan degil dan tanggungjawab kini terletak di tangan rakyat negeri itu sendiri untuk menentangnya.

‘‘Kedaulatan bahasa Melayu seharusnya sentiasa diangkat dan pertukaran kepada bahasa lain pada papan tanda sebenarnya tidak membawa maksud apa- apa,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam satu bahasa lain di samping bahasa Melayu bagi mempromosikan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.

Jelas Guan Eng, nama jalan itu akan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi, manakala dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan sebagai menghormati ia sebagai bahasa kebangsaan.

Berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.

Sementara itu, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyebut bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi kecuali bagi perkara yang tertakluk kepada perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan.

Akta untuk penggunaan bahasa Melayu itu juga tertakluk kepada dokumen rasmi termasuk risalah promosi pelancongan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Mengulas isu yang sama, pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, rakyat negeri itu kini diberi pilihan untuk menyokong kerajaan mereka atau sebaliknya.

‘‘Rakyat boleh memprotes jika tidak suka, namun semuanya terpulang dan itu pilihan mereka sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan kerajaan Pulau Pinang itu berhajat untuk mengguris hati orang Melayu.

Tegasnya, cadangan itu dilihat cubaan provokasi dan menunjukkan keangkuhan sebenar kerajaan Pulau Pinang.

‘‘Mereka sengaja meneruskan cadangan papan tanda itu untuk mengguris orang Melayu.

‘‘Kerajaan Pulau Pinang angkuh dan sebenarnya tiada masalah jika mereka membatalkan sahaja rancangan papan tanda pelbagai bahasa itu,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Safar Hashim berkata, tindakan kerajaan Pulau Pinang itu disifatkan cuba ‘mendaulatkan’ bahasa lain selain bahasa Melayu.

‘‘Kita tidak tahu apa tujuan mereka meneruskan cadangan itu, namun ia dilihat usaha untuk mendaulatkan bahasa lain,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk memasang papan tanda nama jalan dalam tulisan jawi, Tamil dan Cina di jalan-jalan tertentu di Georgetown.

KEANGKUHAN KERAJAAN NEGERI MAKIN MENJADI NYATA...

Friday, November 21, 2008

Ramasamy gagal kemuka bukti

PULAU PINANG 20 Nov. - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr. P. Ramasamy gagal mengotakan kata-katanya untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan terdapat borang permohonan kaum bukan Melayu untuk berkhidmat dalam sektor awam telah dikoyakkan tanpa diproses.

Sebaliknya, Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu memberikan alasan bahawa beliau tidak boleh mendedahkan rahsia yang diperoleh daripada sumbernya berdasarkan kajian yang dilakukan kira-kira enam tahun lalu.

"Ia adalah hasil penemuan saya dalam kerja semasa berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kalau ada bukti pun saya akan rahsiakan.

"Saya mesti hendak jaga sumber saya," katanya ketika menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Pembangunan 2009 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Timbalan Ketua Menteri II itu hanya akan membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai dominasi kaum Melayu dalam sektor awam di negeri itu dalam persidangan DUN.

Isu dominasi orang Melayu dalam sektor awam menimbulkan perdebatan hangat pada hari pertama sidang DUN Pulau Pinang, Khamis lalu, apabila kerajaan negeri menuduh ia berpunca daripada dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Mengulas lanjut, Ramasamy berkata, isu tersebut hanya sengaja diperbesar UMNO, sebaliknya tidak memperkatakan isu utama yang mahu difokusnya sepanjang perbahasannya.

''Perkara ini cuba dihebohkan UMNO, saya tetap mempertahankan apa yang dikatakan sebelum ini dan saya tidak membuat sebarang tuduhan tetapi itu adalah hasil kajian yang dilakukan.

''Segala risiko saya akan hadapi," katanya yang juga Exco Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri.

Wednesday, November 19, 2008

Pemuda UMNO Bayan Baru Membuat Laporan Polis Terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang



Laporan Polis…..Pemuda UMNO Bayan Baru Membuat Laporan Polis Terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy Berhubung Kenyataannya Mengenai Isu dominasi Orang Melayu Dalam Sektor Awam Di Negeri Itu. Laporan Tersebut Dibuat Oleh Ketua Pemudanya, Norman Zahalan Kira-Kira Pukul 12 Tengah Hari Di Balai Polis Bayan Lepas, Ahad. Menurut Norman, Laporan Tersebut Perlu Kerana Kenyataan Yang Dikeluarkan Oleh Ramasamy Termasuk Dakwaan Terdapat Ketua Jabatan Yang Mengoyakkan Borang Permohonan Pemohon Bukan Melayu Itu Berbaur Perkauman Dan Boleh Mencetuskan Perbalahan Kaum Di Negara Ini.

The Ketua Pemuda race


The Ketua Pemuda race.
[Who will win the race? If it was a sprint, maybe Muhriz could have been the winner. Now that the race has turned into a marathon, winning requires different set of skills and techniques. You cant sprint in a marathon. You will drop off dead. A marathon man requires stamina. Now, stamina is a generic term. It can mean physical stamina. Khir Toyo can consume a lot of tempe reputed to be high in protein from which he can develop muscles and cardio vascular strength. Muhkriz can rely on his own source of strength, that will include his fortune of not holding any public office before and therefore relatively immune from criticisms. KJ can do likewise. He has a track record as deputy, but he is also burdened with a perception of unofficially holding public office and therefore susceptible to more criticisms. Of course, as will be obvious in the coming months, lots of money will be involved]

Khairy Jamaluddin:Saya rela menjadi mangsa daripada BIADAP

Mungkin kita tidak perasan dan mungkin juga kita tidak pernah mahu memikirkan tentang satu perkara yang ada kala sengaja kita mengapa ianya sebagai sesuatu yang remeh. Sebenarnya jika kita benar-benar meletakkan perkara ini sebagai satu perkara yang perlu kita nilaikan kembali, ianya sebenarnya adalah satu perkara yang serious yang wajar kita pertimbangkan sebagai waris anak bangsa Melayu yang kaya dengan adat dan budi bahasa.

Cuba kita kupas dan memikirkan apakah wajar kita berikan pertimbangan sebagai waris bangsa Melayu yang kaya dengan warisan nenek moyang kita yang kaya dengan budibahasa. Salah satu ciri budi bahasa yang diwarisi oleh bangsa Melayu adalah hormat kepada yang lebih dewasa. Itulah sebabnya kita memanggil orang yang lebih tua kepada kita sebagai Pak Cik, Mak Cik, Pak Long, Abang Long Kak Long , Abang Ngah dan sebagainya.

Dari kecil lagi kita diajar untuk menghormati yang lebih tua dari kita. Kita juga dididik untuk setia dan menghormati pemimpin. Orang dahulu sanggup mempertahankan pemimpin dan sanggup mati demi pemimpin dan negara, tentu kita masih ingat dengan pepatah, “Biar berputih mata jangan berputih tulang.”

Tidak pernah dalam sejarah UMNO berlaku , pemuda UMNO bersikap biadab dengan pemimpin tertinggi , tetapi hari ini telah berlaku di mana sikap ini berlaku apabila anak kepada Mantan Perdana Menteri bersikap biadab kepada Perdana Menteri. Bagi ramai ahli UMNO ini membayangkan dan mencerminkan sikap keluarga itu sendiri. Bapa borek anak pun rintik, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Apa saja yang tidak kita dengar tentang Tun mengutuk menantu Pak Lah dan apa saja yang tidak kita dengar anak Tun mengutuk bapa mentua Khairy Jamaluddin. Bukan sahaja menantu Pak Lah menjadi kutukan keluarga Tun , tetapi seluruh keluarga Pak Lah termasuklah anak perempuan Pak Lah , isteri kepada Khairy juga menjadi mangsa kutukan Tun dan anaknya Mukhriz.

Pernah kah kita dengar , Pak Lah mengutuk atau berbahasa yang agak kasar terhadap Mukhriz atau Tun , melainkan apabila Pak Lah tidak lagi menahan kesabaran apabila Tun terlalu banyak menyerang keluarganya. Pernahkah kita dengar menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin membuka mulut menghentam Mukhriz mahupun Tun ?

Ini tidak berlaku, kerana bagi Khairy Jamaluddin , itu bukan cara berpolitik , hentam menghentam keluarga dan peribadi adalah cara berpolitik yang tidak matang. Lambat laun rakyat juga akan terbuka minda mereka dan dapat menilai kan politik yang sebenar. Mukhriz terlalu lantang sehingga biadab kepada orang yang lebih tua darinya dan yang paling buruk adalah Mukhriz biadab kepada pemimpin tertinggi UMNO dan kepada Orang yang telah matang dan lebih lama berkecimpung dalam politik tanah air.Apabila di tanya kepada Khairy Jamalludin , mengapa beliau tidak pernah bersuara atau menangkis segala tohmahan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir kepada beliau, beliau hanya menjawab,

” Beginilah ..segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar. Tetapi saya memilih untuk diam sebab saya rasa tidak sesuai saya jawab kepada seorang Negarawan yang semua orang hormat. Saya rasa untuk menjawab yang Tun berpendapat sedemikian kalau perkara itu mempengaruhi pendapat orang ramai tidak apalah yang saya boleh buat,memang kod diri saya dan kod budaya kita tidak elok kita menjawab .

Kita kadang-kadang nak menjawab dengan fakta dan sebagainya ,tapi bekas PM..orang lama ..tak elok .SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB “
Betul lah apa yang dilakukan oleh Khairy, biar lah kita menjadi mangsa dari kita di cop sebagai biadab. Kita tidak akan dipanggil hero apabila kita biadab dan kurang ajar kepada yang lebih tua kepada kita. Kini Mukhriz telah di anggap sebagai biadab dan apabila Pak Lah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri , rakyat mula terasa, merasai , mula membuka mata dan nampak kebaiadaban anak kepada Tun Mahathir ini kepada pemimpin tertinggi UMNO ini.

Kita juga dapat melihat bagaimana , di akhir-akhir pencalonan , Mukhriz agak megah dan ke populariti beliau agak menurun dan kemungkinan Mukhriz tidak akan dapat mempertahankan ke populariti beliau untuk sampai ke garisan penamat. Jika dikira dengan pencalonan yang beliau dapat , Mukhriz bukan lah calon yang popular sangat kerana lebih dari setengah bahagian tidak mencalonkan beliau.

Kita masih punya masa untuk memilih pemimpin yang terbaik, jangan sampai satu ketika nanti Tun sendiri akan mengumumkan sekali lagi bahawa anaknya bukanlah pilihan yang terbaik dan beliau sekali lagi telah melakukan kesilapan yang besar.

KEBIADAPAN TIMB. KETUA MENTERI 2 P.PINANG

Pada hari khamis minggu lalu,pda sesi perbahasan bagi dewan undangan negeri p.pinang,timn ketua menteri telah menyatakan akibat kurangnya bukan bumiputra dlm perkhidmatan awan d negiri p.pinang ini disebabkan oleh UMNO,kenyataan ini berbaur hasutan n boleh menyebabkan ketegangan kaum d negeri ini,justeru itu,PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAYAN BARU telah membuat satu laporan polis terhadap timn ketua menteri itu,pada hari AHAD,d balai polis bayan lepas.laporan itu telah diketui oleh ketuanya sendiri iaitu saudara Norman Zahalan,dan meminta agar pihak polis menganbil tindakan segera.

Monday, November 17, 2008

Ketidakadilan kepada saudara KJ

Asalammualikum....

Ini adalah artikel pertama saya, jadi saya tidak berapa pandai untuk menulis dengan panjang lebar, jika ada kekurang didalam artikel pertama saya ini, saya memohon maaf, maklumlah saya masih baru didalam bidang penulisan ini.

Oleh kerana terlalu banyak fitnah dan pandangan buruk yang saya dengari mengenai saudara KJ, disini saya ingin memberi sedikit pandangan saya, kenapa saudara KJ sering dibabitkankan dengan isu keuwanggan, tetapi jika hendak dibandingkan dengan anak kepada mantan PM sebelum ni Mokhzani, dia pernah terpilih sebagai 10 orang terkaya di Malaysia, tak pernah pun dengar tentang isu dia. Dulu dia pun aktif dalam politik juga sebagai bendahari pemuda. kenapa ya? Fikir-fikirkan lah?? wasalam....

Friday, November 14, 2008

VISI KHAIRY JELAS DAN NYATA


Dalam masa kita mencari pemimpin, kita juga melihat ke bawah di mana fokus rakyat seluruhnya juga melihat UMNO sebagai tunjang kepimpinan negara, tentunya siapa yang akan terpilih menjadi Ketua Pemudanya menjadi tumpuan ramai kerana Pemuda adalah tunggak pelapis yang akan menentukan masa depan negara.

Oleh itu, persembahan calon Ketua Pemuda yang bakal bertemu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir adalah hanya tiga calon yang akan mencorak ke mana hala tuju Pemuda yang akan membentuk satu jiwa generasi akan datang untuk berdepan dengan cabaran-cabaran yang bakal mendatang.

Kemunculan Khairy Jamaluddin di kaca televisyen Astro Atma malam tadi merupakan satu pendekatan yang mendedahkan inspirasi anak muda berpendidikan tinggi yang telah berjaya meletakkan dirinya di pentas politik negara bagi membuka mata seluruh rakyat Malaysia yang tidak semestinya dari kalangan ahli UMNO, tetapi untuk ibu bapa kepada generasi hari ini dan akan datang membuat tafisran dan renungan dari apa yang dibentangkan secara spontan oleh Khairy tentang visinya.

Sepertimana katanya untuk mendedahkan orang ramai dari semua lapisan kepada satu suasana pendekatan seperti menggunakan konsep forum, debat, diskusi, misalnya, adalah satu petikan yang harus dilihat secara positif kerana dengan cara itu, semua orang boleh mengambil bahagian untuk mengemukakan masalah, memberi pendapat dan memberi peluang penyertaan ramai meluahkan apa yang dikehendaki sambil mencari jalan menyelesaikannya dengan lebih konstruktif.

Justeru itu, akan dengan sendirinya akan mendekatkan orang ramai dengan pemimpin tidak kira dari peringkat mana supaya menyedari bahawa pemimpin perlu turun padang untuk menemui rakyat dengan banyak cara untuk mendapat maklum balas yang paling berkesan untuk diambil tindakan.

Sebelum ini, Khairy sudah sedia yakin bahawa pemuda termasuk remaja yang sedang membesar hari ini perlu didekati dengan cara itu. Pemuda hari ini lebih bebas, lebih radikal dari segi minda, pendidikan dan persekitaran yang amat berbeza dengan generasi sebelum in. Generasi hari ini lebih melihat realiti itu satu perkara yang memberikan mereka inspirasi untuk mengubah diri, mengubah cara hidup dan seterusnya mengubah dimensi apa jua yang mereka perjuangkan.

Sebagai orang muda seperti Khairy sendiri, nampaknya lebih melihat ketika ini adalah waktu paling sesuai di mana orang muda seperti beliau sudah sepatutnya berfikiran dan berperwatakan dewasa seperti beliau sendiri meletakkan dirinya di mana beliau berada sekarang supaya pemuda perlu didewasakan sambil tidak melupakan ciri-ciri budaya Melayu yang kian pupus juga perkukuhkan lagi.

Yang nyata daripada persembahan Khairy sendiri semalam telah dilihat dan diakui ramai bahawa beliau tidak dilihat seperti 'budak-budak'. Cara beliau berfikir, menjawab dengan penuh pengetahuan yang tertumpu kepada permasalahan bukan sahaja di peringkat domestik semata-mata. Beliau mendedahkan juga prospektif global yang turut sama memainkan peranan terhadap perkongsian pengaruh yang cukup hebat berperanan besar dalam pembentukan jiwa dan minda generasi akan datang.

Kebetulan sebelum itu, dalam Astro Awani, Khairy bersama Ahli Parlimen Balik Pulau (PKR), Yusmadi Yusoff telah menyertai penal wawancara bertajuk 'Permintaan Untuk Presiden Baru Amerika Syarikat' yang cukup menarik kerana negara kuasa besar itu juga beragenda yang barang pasti membawa satu kesan kepada beberapa krisis besar dalam percaturan dunia pada ketika ini.

Jelas di sini, Khairy merupakan pemimpin muda tidak hanya memerhatikan perkembangan dan kelemahan dalaman kita sahaja, tetapi juga meneropong sama apa yang patut kita bersedia dengan pergolakan politik berprospektifkan gelombang global tanpa mengenepikan pergolakan politik negara-negara jiran yang turut memainkan sentimen yang tidak kurang menjejaskan kita dari apa yang berlaku di negara mereka.

Menyelami setiap luahan visi Khairy dalam waktu yang singkat itu, sebenarnya bagaikan sekilas apa yang ada dalam fikiran dan hatinya, Khairy mahu membawa pemuda hari ini memperincikan perjuangan mereka sesaraf dengan pemikiran lebih dewasa dan matang untuk melangkah ke hadapan dengan lebih konfiden.

Fikiran dan jiwa pemuda perlu dibebaskan secara kolektif. Mereka tidak boleh dikongkong dan dibiarkan tanpa panduan, pendedahan dan kawalan yang betul untuk bersedia berdepan dengan perubahan-perubahan yang berlaku secara mendadak di seluruh dunia sambil berkhidmat dengan jujur dan ikhlas sebagai mengiringi tanggungjawab masing-masing.

Kerana itu Khairy menyebut bahawa golongan cerdik pandai yang berada di semua sektor hari ini akan lebih tertarik dengan UMNO terhadap usul yang dibawa dan dibincang seperti bidang kehakiman, Badan Pencegah Rasuah, ekonomi dan sebagainya memerlukan pembaharuan. Kerana para professional dan cerdik pandai kita tentunya sedia untuk turut serta untuk sama-sama mengangkat martabat Melayu dengan cara yang lebih sistematik.

Satu perkara yang amat terpuji dalam persembahan Khairy kali ini, beliau mengakui calon Ketua Pemuda lain terutama Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang lebih berpengalaman dari beliau yang menyebabkan pencalonan untuk jawatan Ketua Pemuda memperlihatkan pembahagian yang berbeza. Akuan Khairy ini satu sentuhan terpuji sebagai yang termuda daripada ketiga-tiga calon.

Bagaimanapun untuk mengukur ketentuannya, akhirnya perwakilan yang diberi tanggungjawab memilih siapa ketua mereka bukan isu pada ketika ini. Isunya memperbetulkan tanggapan dan persepsi ramai terhadap perjuangan Pemuda UMNO terhadap kesinambungan kepimpinan demi menjamin kedudukan orang Melayu yang sentiasa dikaitkan dengan watak yang kadang-kadang tidak relevan diheret bersama dalam perjuangan hala tuju yang sepatutnya.

Namun begitu, pihak penerbit TV semua saluran juga turut perlu memainkan peranan memberi peluang seberapa banyak ruang untuk mendepankan bakal pemimpin supaya masyarakat seluruhnya dari semua peringkat dan kaum di negara ini dapat sama-sama membuat penilaian kewibawaan seseorang pemimpin itu apakah mereka bercakap, berfikir dan bertindak menurut hendak inspirasi rakyat secara keseluruhannya.