Sunday, May 31, 2009

Dari Penanti - Peratusan pengundi keluar rendah

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 3 petang ialah 42.2 peratus atau 6,492 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).SPR mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Memang sudah dijangka peratusan keluar mengundi rendah kerana BN tidak menyertai pilihanraya ini . TinjauaKawasan peti undi yang kecil bilangan pengundi peratusan keluar mengundi sangat rendah, malah boleh dikatakan lengang.Saluran 1,2 dan 3 yang kebanyakannya pengundi 40 tahun ke atas amat kurang sekali keluar mengundi .

saya pagi ini di Sek Keb Guar Perahu ,Kg Tok sardon ,Sek Men Penanti tidak memberangsangkan dan meriah seperti pilihanraya kecil Permatang Pauh dahulu.
Menurut sumber , Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan sembilan buah pusat mengundi dengan 32 saluran.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.Di Taman Guar Perahu ,hari ini seperti hari cuti biasa, seperti tiada pun pilihanraya .

Ramai pengundi di sini membuat keputusan tidak keluar mengundi walaupun semalam ceramah Grand Final oleh Anwar dan konco-konconya diadakan semalam di padang taman guar perahu seperti pesta yang dihadiri ribuan penyokong mereka .

Ribuan yang hadir itu mungkin bukan pengundi Penanti dan hanya orang luar sahaja yang datang untuk mendengar .Kehadiran orang ramai ke siri ceramah PKR sebenarnya belum mampu untuk diterjemahkan oleh pengundi untuk keluar mengundi pada hari ini . Saya juga melihat kelibat Saifudin Nasution pagi tadi di SK Guar Perahu yang mungkin datang untuk melihat peratusan keluar pengundi di situ .

Mungkin dia sedang memikirkan strategi mereka untuk menarik keluar seberapa banyak pengundi keluar hari ini mengikut target mereka telah gagal dan tidak mencapai sasaran. Kita tunggu keputusan malam yang pasti ditunggu juga oleh penganalisis politik dan juga BN. BN mungkin akan lihat reaksi rakyat apabila mereka membuat keputusan untuk tidak bertanding untuk pilihanraya yang tidak sepatutnya diadakan ini.

Saturday, May 30, 2009

Bahaya sentimen Chin Peng, propaganda halus komunisme — Utusan Malaysia

MAY 27 — Kenapa Pengerusi Parti Gerakan, Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng pulang? Apa kaitan musuh Negara itu dengan gagasan Satu Malaysia?

Kita berasa pelik dengan tindakan beberapa pemimpin bukan Melayu dan penulis blog yang “bersemangat” memperjuangkan Chin Peng @ Ong Boon Hua sejak kebelakangan ini.

Adakah mereka berkongsi ideologi yang sama? Ini yang sedang difikirkan oleh banyak pihak yang pastinya tidak dapat melupakan kekejaman Bintang Tiga pada zaman dua fasa darurat dahulu — dari 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1984.

Dari semasa ke semasa bagaikan ada satu gerakan untuk terus mencanangkan nama Chin Peng daripada dilupakan oleh rakyat.

Daripada usaha menjadikan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebagai pejuang kemerdekaan hinggalah kepada tuntutan untuk membenarkan beliau pulang ke kampungnya di Sitiawan, Perak.

Kerajaan Persekutuan beberapa tahun lalu membuat keputusan tidak membenarkan Chin Peng kembali. Malah Mahkamah Rayuan tahun lalu juga menolak permohonan bekas Setiausaha Agung PKM itu.

Tetapi, nampaknya usaha membawa masuk pemimpin itu digerakkan dari dalam negara pula melalui media cetak dan blog dengan membuat penilaian dan peranan baru terhadap Chin Peng.
Jadi adalah tepat apabila Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan perbuatan pihak tertentu itu sebagai durjana jika cuba menggalakkan kemunculan semula komunis di Malaysia.

Secara mudah, cuba kita bayangkan keadaan dan suasana negara kita hari ini jika PKM berjaya menggulingkan kerajaan pilihan rakyat melalui perjuangan kejamnya.
Komunis ialah musuh kita dan kita berjaya mencapai kestabilan politik dan ekonomi seperti hari ini kerana mengalahkan mereka. Janganlah diungkit-ungkitkan lagi tentang Chin Peng. Apa ruginya kalau kita tidak memberi pujian dan bernolstagia dengan komunisme?

Pihak-pihak yang “memuja” parti politik haram itu patut sedar bahawa Chin Peng bukanlah pejuang kemerdekaan negara ini. Sebaliknya dia seorang penderhaka yang mengetuai sebuah pergerakan yang membunuh ramai orang tidak berdosa.
Chin Peng dan PKM sebenarnya masih berdegil untuk membubarkan pergerakan komunis walaupun mereka telah menandatangani Perjanjian Damai dengan Kerajaan Malaysia di Hatyai pada 1989.

Dalam perjanjian itu mereka cuma setuju untuk memberhentikan perjuangan bersenjata, maknanya ia boleh diteruskan kemudian. Perjuangan PKM sebenarnya adalah perjuangan kejam, tanpa perikemanusiaan dan penuh tragedi berdarah.

Ingatlah kepada para balu, anak-anak dan ibu bapa para anggota keselamatan yang terkorban demi mempertahankan semua rakyat negara tercinta ini.

Ingatlah kepada anggota keselamatan yang cacat anggota tubuh badan akibat perbuatan ganas PKM. Memberi pengiktirafan kepada perjuangan PKM dalam apa bentuk sekalipun adalah satu pengkhianatan terhadap jasa bakti semua pahlawan negara.

Oleh itu tidak perlu pun kita cuba menghidupkan nostalgia Chin Peng.
Kita mengharapkan Kabinet dapat membuat keputusan bagi menamatkan cerita tentang musuh negara itu. Yang penting sesuatu perlu dilakukan bagi menghalang sentimen Chin Peng dan propaganda halus ideologi komunis daripada meresap ke dalam fikiran anak-anak muda.

Thursday, May 28, 2009

Pembangkang mahu pengganas komunis pulang

Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri berkata, kepulangannya jika dibenarkan hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era Darurat antara 1948 hingga 1960.

''Kerajaan tidak benarkan Chin Peng balik ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu," Syabas DS Najib yang teruskan melaksanakan slogan Rakyat Didahulukan dan ia bukan cakap kosong .

Ramai pihak termasuk NGO-NGO ,persatuan pelajar dan seluruh rakyat marah kepada komunis kerana kekejaman mereka membunuh dan meyeksa rakyat ketika itu . Mungkin ramai generasi muda hari ini tidak merasa keperitan berada pada zaman komunis tetapi golongan orang lama ,veteran dahulu telah telah mengalami zaman itu.

Ramai perajurit-perajurti dan wira-wira tanahair terkorban dan cedera ketika menentang pengganas komunis .Dalam masa rakyat dengan gah menentang usaha membawa pengganas no 1 chin peng balik ke Malaysia ,pihak pembangkang pulak meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang pernah mengganas sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban kembali ke negara ini.klik di sini Hakikatnya,pihak pembangkang perlu tahu terlalu banyak air mata dan darah yang diberikan untuk bumi bertuah ini terutamanya dalam menangani pemberontakan bersenjata PKM oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Walaupun PKM telah dibubarkan dan pemberontakan bersenjata mereka telah tamat, ini tidak bermakna segala dosa keganasan bekas ahlinya seperti Chin Peng secara automatiknya terampun atau dapat dimaafkan begitu sahaja. Semua dosa PKM masih jelas dalam lipatan sejarah negara ini dan ingatan rakyat.

Kerana itu, Chin Peng tidak harus dibenarkan pulang semula ke Malaysia untuk selama-lamanya.Jika dia dibenarkan berbuat demikian, ini merupakan satu penghinaan kepada wira-wira negara yang telah menggadaikan nyawa mereka dalam mematahkan pemberontakan bersenjata PKM ini.


Malaysia TanahAirku ...

Thursday, May 21, 2009

Pemuda UMNO negeri tidak bantah

utusan:




BUTTERWORTH 20 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menghormati keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Ketuanya, Norman Zahalan berkata, keputusan tersebut tepat sekali gus membuktikan pendirian BN yang lebih mementingkan pembangunan ekonomi rakyat daripada menyertai permainan politik ciptaan pembangkang.

"Keputusan telah pun dibuat dan Pemuda Pulau Pinang tiada bantahan sebaliknya program untuk kesejahteraan rakyat akan diteruskan seperti biasa.

"Sekarang adalah masa untuk pemimpin termasuk BN sama ada di peringkat cawangan atau bahagian meneruskan khidmat mereka kepada masyarakat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun keputusan BN itu mengundang reaksi berbeza daripada para pengundi di Parlimen Permatang Pauh, ia tidak sedikitpun mencalarkan imej BN.

Menurutnya, terserah kepada para pengundi di kawasan itu untuk memilih wakil rakyat pada hari pembuangan undi tetapi yang pasti sudah tentu mereka yang mampu membela nasib rakyat.

Norman berkata, Pemuda UMNO negeri akan bekerja seperti biasa, berbakti dan membawa perubahan rohani dan jasmani kepada penduduk dalam kawasan itu.

Tuesday, May 19, 2009

Tiada calon di Penanti

UTUSAN


KUALA LUMPUR 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.

Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN.

Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Kekosongan ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak selesaikan masalah dalaman mereka. Ia satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.

“Oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha-usaha memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti,’’ katanya.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.

Namun pada masa sama ramai pemerhati politik melihat tindakan itu diambil kerana wujudnya pelbagai bentuk desakan dalaman daripada PKR termasuk laporan salah laku ke atas Fairus.

PKR telah mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman, 56, sebagai calon parti itu. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket Bebas.

Selain Penanti, kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bukit Selambau, Kedah sebelum ini turut ‘dikosongkan’ secara sengaja.

Di Permatang Pauh, penyandangnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan beliau.

Di Bukit Selambau pula, penyandangnya, V. Arumugam dari PKR meletakkan jawatan berikutan masalah peribadi yang dihadapinya.

Dalam pada itu, Najib berkata, keputusan BN untuk tidak meletakkan calon menunjukkan mesej jelas bahawa parti tersebut tidak akan menari mengikut rentak pihak lain.

Mengenai soal persepsi di sebalik keputusan itu, Najib berkata: “Itu terpulanglah tetapi hakikat sebenarnya kita tak mahu terjerumus dalam permainan politik parti pembangkang.

“Sebab kalau kita ini (terjerumus permainan politik pembangkang), lepas dua tiga bulan dia akan minta kawasan lain pula dikosongkan.’’

Najib pada masa sama percaya penyokong UMNO dan BN khususnya di Penanti akan dapat memahami keputusan itu kerana kepentingan parti secara keseluruhannya adalah lebih besar.

Lagi pun, kata beliau, UMNO dan BN akan tetap terus berkhidmat kepada para pengundi di kawasan DUN Penanti dan Parlimen Permatang Pauh.

“Saya percaya mereka tidak (akan kecewa) kerana ini bukan satu pilihan raya kecil yang perlu dilakukan mengikut Perlembagaan,’’ jelasnya.

Ditanya sama ada keputusan untuk tidak meletakkan calon kerana didorong rasa takut akan kekalahan seperti dialami BN pada pilihan raya kecil sebelum ini, Najib berkata, ia bukan sebabnya.

“Tak ada. Bukan sebabnya. Tak timbul kerana macam mana pun kita akan hadapi rakyat masa pilihan raya umum nanti. Sampai masanya kita akan berdepan dengan rakyat seperti biasa.’’ katanya.

Menurut Najib, tindakan untuk tidak meletakkan calon juga bukan pertama kali dilakukan BN sebaliknya pernah sekali dilakukan lama dahulu.

Pada tahun 1975, BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Menglembu selepas Ahli Parlimennya, Fan Yew Teng dari DAP disabit dengan kesalahan berkaitan Akta Hasutan.

Mengenai tindakan susulan UMNO dan BN selepas ini sama ada mahu menyeru penyokongnya di DUN Penanti memulaukan pilihan raya kecil 31 Mei ini, Perdana Menteri berkata: “Tak ada apa-apa lah. Kita tak letak calon.’’

Monday, May 11, 2009

SELAMAY MENYAMBUT HARI UMNO YG KE 63


SELURUH AHLI PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAYAN BARU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI UMNO YG KE 63,PADA HARI YG BERBAHAGIA INI MARILAH KITA BERSAMA2 YG MENGAKU SAYANGKN PARTI KERAMAT&BERDAULAT INI BERMUHASABAH DIRI AGAR APA JUA TINDAKAN KITA SEBAGAI AHI UMNO,TIDAKLAH MEMBELAKANGI PARTI
BERDOALAH LAH KITA AGAR HAYAT UMNO AKAN LEBIH PANJANG LAGI,AMIN.....

Friday, May 8, 2009

Sivakumar terpaksa dinyahkan dari kerusi speaker



Politik Perak sungguh memalukan apabila Dewan Dun bertukar menjadi kandang sarkas , inilah akibatnya apabila orang yang baru mendapat kuasa bagaikan beruk yang baru mendapat bunga.
Genggam kerusi yang patut dilepaskan walaupun dipaksa , tak mahu tak mahu ….aku belum puas berkuasa lagi .Majoriti tidak mengizinkan mereka berkuasa , mereka kini berada di situasi kekurangan majoriti.Mana boleh kurang majoriti berkuasa dari yang mempunyai mejoriti yang lebih. Seboleh-boleh tidak juga mahu lepaskan jawatan sehingga terpaksa diheret oleh pihak berkuasa.
Akhirnya Sivakumar terlepas dari kerusi speaker kerajaan negeri Perak. Sivakumar tidak lagi boleh angkuh dan mengamalkan undang-undang sendiri dengan sesuka hati menggantung ADUN lain. Tujuan mengantung kembali 10 ADUN Bn adalah kerana tidak mahu usul pemecatan beliau dilakukan. Beginilah PR , apa salah dibentangkan usul berkenaan , sama juga dengan mereka mahu membubarkan kerajaan Perak. Yang mereka rasa mereka boleh menang , mereka mahu ikut undang-undang konon , yang mereka rasa tidak menguntungkan mereka , mereka akan menentang. Apa mereka ingat undang-undang negara ini main-maian ke?ikut suka mereka sahaja dan hanya mahu yang untung saja.
Bila lagi Sivakumar dan Nizar mahu pulangkan kereta Kerajaan. Apa hak ADUN biasa memakai kereta kerajaan , Mereka ini sememangnya jenis tidak malu, Nizar masih berangan-angan menjadi MB Perak , Sivakumar sampai mati akan berangan jadi Speaker Dewan Negeri Perak. Teruskan lah angan-angan kamu . Rakyat Perak sebenarnya sudah bosan dengan kemelut politik negeri Perak ini. Yang memalukan adalah orang-orang luar dari parti Pakatan Rakyat yang berkhemah berhampiran Dewan Rakyat negeri Perak . Mat Sabu , Nasharuddin , Zuraida , Tian Chua , mereka ini cuba membakar semangat rakyat negeri Perak untuk bangun menentang pihak berkuasa.
Ini adalah satu perkara yang amat memalukan , malas nak sebut satu perkara .. Bila si gelap naik kepala , faham -faham saja lah……..sungguh memalukan apabila membaca laporan bila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat, yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi dan diangkut keluar oleh polis, kembali muncul sebaik sahaja sesi perasmian Dewan berakhir. Alhamdulillah kini semuanya telah berakhir.

Thursday, May 7, 2009

Panas terik tidak halang PM lakukan tinjauan



KOTA KINABALU 5 Mei - Cuaca panas terik tidak menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau beberapa pasar dan kawasan tumpuan orang ramai di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen di sini.
Ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri memulakan lawatan ke Pasar Kraf tangan, sebelum diteruskan di Pasar Sayur, Pasar Buah-buahan, Pasar Besar Kota Kinabalu dan Tebingan Segama.
Turut mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Sepanjang lawatan selama 40 minit itu, Perdana Menteri tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai yang membanjiri kawasan tersebut.
Kesempatan itu juga digunakan oleh Perdana Menteri untuk merasa keenakan buah-buahan tempatan seperti mangga dan nangka, sebelum menghilangkan dahaga di gerai air kelapa muda di pasar sayur berkenaan.
Beliau menamatkan tinjauan sejauh hampir satu kilometer itu dengan berhenti minum petang di pekarangan Hotel Hyatt sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk berlepas balik ke Kuala Lumpur

Saturday, May 2, 2009

BN Harus Bertanding Kerusi Penanti - Ketua Pemuda Pulau Pinang

PULAU PINANG, 1 Mei (Bernama) -- Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang berharap Barisan Nasional (BN) dapat bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini bagi menebus maruah parti dan membela nasib rakyat.Ketuanya Norman Zahalan berkata tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi itu pada 16 April lepas telah mengkhianati mandat yang diberikan oleh pengundi di kawasan itu.


"Ahli BN dan UMNO harus mempunyai semangat dan maruah pejuang parti yang tinggi untuk membela nasib pengundi di kawasan Penanti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.


Norman, yang juga Ketua Pemuda Bahagian Bayan Baru, berkata apabila UMNO tidak bertanding maka ini akan menunjukkan kemerosotan pengaruh parti itu di kawasan yang ada pilihan raya kecil.Bagaimanapun, beliau berkata Pemuda UMNO Negeri akur dengan sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan BN berhubung sama ada mahu meletakkan calon untuk bertanding kerusi DUN Penanti atau sebaliknya.


UMNO Pusat dijangka membuat keputusan berhubung penyertaan parti itu dalam pilihan raya kecil Penanti selepas mesyuarat Biro Politik parti itu di Putrajaya Isnin ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan hari mengundi pada 31 Mei jika ada pertandingan.Pada Selasa lepas, PKR memilih Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Mansor Othman sebagai calon parti itu untuk merebut kerusi DUN Penanti.



-- BERNAMA

Friday, May 1, 2009

Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengumumkan perlantikan Ahli Jawatankuasa tambahan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri bagi sessi 2008-2011.Setiausahanya, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berharap dengan lantikan ini, akan dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli-ahli Pemuda UMNO dari segenap lapisan masyarakat.Berikut adalah senarai EXCO Lantikan Pemuda UMNO Malaysia :-

Sdr. Anis Hisham Abdul Aziz
Pemuda UMNO bahagian Kuala Selangor

Sdr. Abdul Razak Abd Rahman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kota Melaka

Sdr. Khairul Azwan Dato’ Harun
Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak

Sdr. Badrol Hisham Haji Zakaria
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Terengganu

Sdr. Mohd Faizal Hj. Ramli
Ketua Pemuda UMNO bahagian Teluk Kemang



Berikut adalah senarai Ketua Pemuda UMNO Negeri-Negeri:-

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis
Sdr. Mohsin Mohd Yusoff
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Besar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah
Sdr. Badrol Hisham Hashim
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Terap

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Sdr Norman Zahalan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bayan Baru

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak
Sdr. Maslin Sham Razman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Kangsar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor
Sdr. Suhaimi Mohd Ghazali
Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan
Sdr. Rizalman Dato’ Mokhtar
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bandar Tun Razak

Ketua Pemuda UMNO Negeri Negeri Sembilan
Sdr. Mohd Helmy Din
Ketua Pemuda UMNO bahagian Rasah

Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka
Sdr. Karim Yaacob
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Katil

Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor
Sdr. Mohd Fadil Muskon
Ketua Pemuda UMNO bahagian Air Hitam

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang
Sdr. Abu Jimi Samat
Ketua Pemuda UMNO bahagian Lipis

Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu
Saiful Bahri Baharuddin
Ketua Pemuda UMNO bahagian Marang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan
Sdr. Anuar Safian
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kubang Kerian

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah
Sdr. Azman Hj Ruslan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Keningau

source: www.pemudaumno.org.my


Komen PB

Tahniah kepada semua Exco-Exco dan Ketua-Ketua Pemuda Negeri yang dilantik bagi menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan BN menjadi kenyataan. Daripada senarai nama di atas kebanyakannya adalah muka-muka baru dan ini adalah langkah yang baik untuk Pemuda yang berani untuk melakukan perubahan. Kepada Sdr Norman Zahalan yang dilantik Ketua Pemuda PP ,tahniah diucapkan ,Setiakawan kepada Setiakawan ..

Dari SETIAKAWAN kepada SETIAKAWAN.

Seluruh ahli keluarga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru mengucapkan setinggi-tinggi tahniah terhadap Saudara Norman Zahalan(Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru) kerana diberi kepercayaan menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.

Kami berjanji akan memberi sepenuh sokongan terhadap kepimpinan Saudara dan Kesetiaan yang tak berbelah bagi demi untuk memperjuangkan Bangsa, Agama dan Tanahair.