Monday, December 21, 2009

Gerakan tidak buat kerja

UTUSAN:
Ada macam-macam pendapat tetapi apa-apa hal, kita terima dulu pendapat mereka. Saya sebagai Pengerusi BN akan bincang dengan semua pihak. Keputusannya nanti adalah atas semangat permuafakatan BN
Soalnya dia (Gerakan) tak ada program, selepas kalah pilihan raya dulu tak ada buat apa-apa, itu yang Ketua UMNO Pulau Pinang rasakan kalau Gerakan tak buat kerja, biar UMNO buat kerja
Koh Tsu Koon kata Gerakan memegang jawatan itu lebih 35 tahun tetapi apa telah terjadi selepas itu adalah mereka hilang semua kerusi, justeru, beri peluang kepada UMNO pula
KUALA LANGAT 20 Dis – UMNO Pulau Pinang menuntut jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu memandangkan Gerakan tidak mengadakan program menarik semula sokongan rakyat selepas kalah pada pilihan raya umum lalu.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tuntutan itu telah lama dibuat tetapi baru diumumkan semalam setelah pihaknya mendapati Gerakan masih tidak melakukan apa-apa program sepatutnya.
Menurut beliau, sekiranya Gerakan meneruskan program yang baik untuk BN di Pulau Pinang, beliau berpendapat UMNO sendiri boleh membantu.
“Soalnya dia tak ada program, selepas kalah pilihan raya dulu tak ada buat apa-apa, itu yang Ketua UMNO Pulau Pinang rasakan kalau Gerakan tak buat kerja, biar UMNO buat kerja.
“Jadi soal Tsu Koon (Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon) mahu lepas atau kekalkan jawatan, itu soal dia. Kita hanya minta, pelantikan Pengerusi BN negeri kuasa mutlak Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita selepas melawat limbungan NGV Tech di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tsu Koon yang menolak permintaan pemimpin UMNO negeri supaya jawatan Pengerusi BN yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada UMNO.
Tsu Koon yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang memberi alasan jawatan itu disandang oleh pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun dan tidak perlu dibangkitkan kerana apa juga perubahan tidak akan dipersetujui Gerakan.
Mengulas isu sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, tuntutan itu bukan bertujuan merampas kuasa tetapi hanya mahu memastikan Pulau Pinang ditadbir secara politik dengan baik dan rakyat menerima semula BN sebagai pemerintah.
“Kami mahu bantu BN ambil alih semula Pulau Pinang dari pakatan pembangkang, itu sahaja. Kami tak main politik dalam perkara ini, kalau Gerakan bagus kenapa tidak ada kerusi menang di Pulau Pinang.
“Jadi jangan terasa hati dalam perkara ini seolah-olah ia pengambil alihan kuasa,” katanya.
Beliau menafikan bahawa tindakan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu menampakkan perpecahan dalam BN kerana ia hanya suatu permintaan untuk kebaikan semua pihak.
“Kita minta sahaja, kenapa pula pecah? Isu ini sudah dikemukakan kepada Pengerusi BN, kalau beliau rasa itu sesuatu yang boleh kuatkan BN saya fikir beliau akan lakukan,” jelasnya.
Semalam, mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memutuskan menuntut jawatan Pengerusi BN negeri diserahkan kepada parti itu.
Ahmad Zahid berkata, ia sejajar usaha memantapkan kedudukan BN Pulau Pinang dan bukannya mempunyai agenda tertentu.

1 comment:

sesejuk mata memandang said...

Saudara,
Apa yang di minta oleh UMNO adalah kenyataan bahawa GERAKAN tidak berupaya lagi bergerak disebabkan sakit lutut, lenguh pinggang malah kalau nak bergerak pun kena pakai tongkat atau kerusi roda. Cuam satau perkara yang dianggap rasis jika kita kata Cina tetap Cina. Sekiranya jawatan pengerusi masih dalam pegangan Gerakan maka mereka tak perlu bersusah payah kerana Cina tetap akan bantu Cina. Jika UMNI memegang tampok pengerusi ditakuti mencabar kewibaawan ramai pihak dan akan membuat rakyat kembali percaya kepada BN maka usaha mempertahan Pulau Piang dibawah perintah CINA akan gagal keran mereka tahu MELAYU akan bersatu jika dicabar.